Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Co-op Shooter ‘Second Wave’ Akan Lancar 31 Mei di PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2024 - Updated on June 1, 2024
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Game Co-op Shooter ‘Second Wave’ Akan Lancar 31 Mei di PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Challengers Games mengumumkan bahawa game multiplayer shooter ‘Second Wave‘ akan dilancarkan secara Early Access di STEAM pada 31 Mei! Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer rasmi yang anda boleh tonton di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=wFgMDKgnzlM

‘Second Wave’ berlatarkan dunia Armantia, di mana pemain boleh mengawal pelbagai watak yang unik dan bervariasi dalam pertempuran shooter ala Overwatch. Belajar tentang sejarah Armantia melalui watak-watak ini – semuanya disajikan dalam reka bentuk estetika anime – masing-masing dengan kisah untuk diceritakan.

Untuk versi Early Access, Challengers Games menyatakan bahawa pemain boleh menikmati pelbagai kandungan, termasuk pertarungan menembak antara pasukan sama ada secara First Person atau Third Person, skill play, tiga game mode berlainan, dan 17 watak dengan pelbagai ciri.

Kredit: Challengers Games

Berbeza sikit daripada game shooter lain, Second Wave menampilkan ciri-ciri MOBA di mana watak dipecahkan kepada kelas masing-masing. Anda boleh bermain sama ada sebagai Tank yang lasak, Warrior yang tidak gentar, Ranged yang licik, Mage yang mistik, Assassin bersembunyi atau Support yang sentiasa boleh dipercayai. Malah, ada watak yang mempunyai keupayaan untuk menukar kelas semasa dalam pertempuran.

Kredit: Challengers Games

Sebanyak tiga game mode disediakan iaitu:

6v6: Di Trestyn, dua pasukan berjuang untuk mengawal “core.” Berjuang hingga nafas akhir untuk menuntut core tersebut dalam mode 6 lawan 6 ini. Dalam mode ini, dapatkan 1000 mata dengan menangkap lokasi atau membunuh raksasa sekeliling.

4v4v4: Alami cabaran unik antara tiga pasukan yang bersaing untuk Arcane Stone tersembunyi di Red Circus. Dalam mode 4 v 4 v 4 ini, anda mesti mencapai 1500 mata dengan mengalahkan dua pasukan lain atau menangkap dua lokasi.

3v3v3v3: Berlumba untuk menangkap Arcane Stone semasa bertarung dengan tiga pasukan lain untuk mengawal batu. Kumpul rakan sekutu dalam mode 3 vs 3 vs 3 vs 3 ini dan kumpulkan 24 atau lebih Arcane Stone dan tahan selama mungkin untuk menuntut kemenangan.

Kredit: Challengers Games

Sekali lagi saya ingatkan, ‘Second Wave’ akan dilancarkan secara Early Access di STEAM, esok pada 31 Mei! Untuk muat turun, tekan SINI!

Bukan itu sahaja, game ini juga akan datang ke platform lain seperti PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, iOS dan Android pada tarikh yang tidak diumumkan. Buat masa ini, nantikan berita lanjut daripada mereka.

Tags: Second Wavesteam
ShareTweetSend
Previous Post

Review SaGa: Emerald Beyond – Di Antara JRPG Menarik & Bosan

Next Post

Comic Fiesta 2024 Akan Berlangsung Pada 21 & 22 Disember, Masih Di KLCC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Comic Fiesta 2024 Akan Berlangsung Pada 21 & 22 Disember, Masih Di KLCC!

Comic Fiesta 2024 Akan Berlangsung Pada 21 & 22 Disember, Masih Di KLCC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd