Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game AR Marvel: World of Heroes Dibatalkan oleh Pembangun Pokemon Go!

Maira by Maira
June 30, 2023
in Android, Artikel, Augmented reality (AR), Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Game AR Marvel: World of Heroes Dibatalkan oleh Pembangun Pokemon Go!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini, kita dapat melihat banyak syarikat mahupun studio game yang telah memberhentikan pekerja mereka malah membatalkan beberapa projek yang telah diumumkan. Perkara yang sama telah terjadi kepada Niantic, studio yang membangunkan Pokemon Go, di mana studio tersebut telah membatalkan game AR Marvel: World of Heroes.

Sumber: Niantic

Melalui laporan baru-baru ini, Niantic yang nampaknya telah membuat keputusan untuk menutup studio mereka di Los Angeles dan memberhentikan 230 pekerjanya. Menurut pengasas Niantic, John Hanke, beliau menyatakan dalam emel bahawa perbelanjaan studio mereka lebih tinggi berbanding hasil yang mereka kutip. Dengan lebih banyak game AR dalam pasaran serta kurangnya penglibatan dalam projek jangka panjang, Hanke menyatakan bahawa Niantic tidak mencapai matlamat dalaman mereka. Sebab itulah mereka memberhentikan pekerja mereka malah menutup game NBA All-World. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga telah membatalkan projek game AR Marvel mereka iaitu Marvel: World of Heroes.

Game tersebut telah pun diumumkan pada September 2022 semasa Disney + Marvel Games Showcase. Game tersebut sepatutnya membawa segala perkara ikonik daripada Marvel Universe ke dunia sebenar dengan teknologi AR. Pemain juga boleh membentuk watak masing-masing sebelum memulakan pengembaraan mereka. Marvel: World of Heroes dirancang untuk dilepaskan pada tahun ini. Tetapi dengan pengumuman mengenai pembatalan projek ini, nampaknya kita tidak akan berkesempatan untuk bermainnya. Patutlah tiada sebarang kemas kini mengenainya selepas beberapa bulan selepas pelepasan teaser game.

Walaupun begitu, Niantic akan kekal dengan game Pokemon Go yang nampaknya tumpuan utama untuk studio tersebut. Game lain seperti Pikmin Bloom, Monster Hunter Now dan Peridot juga akan masih diteruskan oleh Niantic. Jadi masih ada lagi game lain Niantic yang masih boleh dimainkan oleh pemain AR. Monster Hunter Now juga telah mendapat perhatian ramai peminat francais dan teruja untuk bermainnya. Tidak sabar untuk mencubanya apabila ia lancar nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Marvel AR gameMarvel: World of HeroesnianticPokemon GO
ShareTweetSend
Previous Post

Orang Malaysia lagi suka main Lato-Lato Mobile daripada PUBG Mobile, menurut data kajian

Next Post

Game PS Plus Julai 2023 – COD: Black Ops Cold War, Alan Wake Remastered, Endling – Extinction is Forever

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Game PS Plus Julai 2023 – COD: Black Ops Cold War, Alan Wake Remastered, Endling – Extinction is Forever

Game PS Plus Julai 2023 – COD: Black Ops Cold War, Alan Wake Remastered, Endling – Extinction is Forever

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd