Hari ini, Bandai Namco Online mengumumkan bahawa Gundam Evolution akan tersedia untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam apabila ia dilancarkan pada 2022.
Disahkan free-to-play, Gundam Evolution merupakan game online first-person shooter di mana pemain akan mengawal Mobile Suit daripada francais popular Gundam dan bersaing dengan pemain lain secara online dalam pertempuran 6v6 berdasarkan objektif. Menurut info yang didedahkan, Gundam Evolution akan mempunyai tiga game mode utama termasuk: Domination, Point Capture dan Destruction.
Menampilkan aksi ‘fast-paced’ dan kawalan imersif, kita boleh memandu pelbagai Mobile Suit dari seluruh Gundam multiverse. Setiap satu daripada unit ini pula menampilkan abiliti, serangan, fungsi dan tahap HP yang berbeza. Pilih Unit kegemaran yang sepadan dengan gaya permainan korang dan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk mendapatkan kemenangan.
Tarikh keluaran masih belum diumumkan, tetapi ia akan dilancarkan pada tahun ini. Sebelum pelancaran rasmi, “Network Test” akan disediakan di Amerika Syarikat dan Jepun pada musim bunga 2022 dari 7-12 April khas untuk pemain PC.
Sebagai game berunsur free-to-play, Gundam Evolution kemungkinan besar akan mempunyai modul mikrotransaksi di mana pemain boleh membeli mata wang dalam permainan menggunakan wang sebenar supaya dapat memperolehi skin dan senjata kuat bagi Gundam mereka.
Berikut adalah spesifikasi PC yang diperlukan untuk bermain Gundam Evolution:
Kategori | Gundam Evolution keperluan spesifikasi PC |
---|---|
OS | Windows 10 (64-bit) |
CPU | Intel Core i5-3570 3.40GHz |
Memori | 8GB |
Kad Grafik | NVIDIA GeForce GTX 1050 (2GB) |
HDD/SSD ruang kosong | 100GB |
Sambungan Internet | Broadband Internet Connection |
Browser environment | Microsoft Edge Latest, Google Chrome Latest, Mozilla Firefox Latest |
Kategori | Gundam Evolution cadangan spesifikasi PC |
---|---|
OS | Windows 10 (64-bit) |
CPU | Intel Core i7-4790 3.60GHz |
Memori | 16GB |
Kad Grafik | NVIDIA GeForce GTX 1660Ti (6GB) |
HDD/SSD ruang kosong | 100GB |
Sambungan Internet | Broadband Internet Connection |
Browser environment | Microsoft Edge Latest, Google Chrome Latest, Mozilla Firefox Latest |
Sekali lagi saya ingatkan, Gundam Evolution akan tersedia untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan bakal dilancarkan pada 2022.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post