Developer game Yager dah announce FPS sci-fi terbaru diorang iaitu The Cycle. Bakal berada kat PC tak lama lagi manakala versi konsol dijangkakan akan menyusul.
Game ni multiplayer, dimana korang akan berlawan sama korang dalam masa 20-30 minit. Kick dia, kalau korang stay lama kat planet Fortuna III ni, ada mudarat kat health korang (in game character la, kompom la bukan kau punya health) yang boleh menyebabkan kematian..
Lanskap Fortuna III ni dah kena terraform, ala macam movie Man of Steel tu; kau bayangkan Zod menang. Camtu la kot jadinya..sebab Zod nak reshape bumi kan? Anyways; planet kena terraform dengan makhluk-makhluknya sendiri dan ribut-ribut yang digelar ‘The Cycle’ yang boleh membunuh sesape saja.
Dan sebab planet ni ada bahan semulajadi yang rare dan exotic; korang apa kesah kan? Jual dapat duit banyak. Korang akan based kat station yang berlegar keliling planet ni, dan bila korang tengok ribut Cycle tu abis, korang leh turun cari barang (orang lain pun mesti turun gak).
Closed alpha game ni akan mula beberapa minggu lagi, dan satu match leh main hingga 20 players.
@gamersantaimy
Discussion about this post