Siapa tak kenal Epic Games? Pengasas Fortnite Battle Royale telah mengumumkan hadiah terkumpul sebanyak $100 juta US dollar untuk Fortnite World Cup di mana sebahagian daripada hadiah terkumpul itu akan diberikan kepada kesemua peserta yang terlibat. Tahun ini, setiap 200 pemain yang bersaing dan layak untuk qualifier akan membawa pulang sekurang-kurangnya $50,000 US Dollar dan pemenang utama pula akan diberi hadiah sebanyak 3 juta US Dollar.
Grab your gear, drop in and start training. Epic Games will provide $100,000,000 to fund prize pools for Fortnite competitions.https://t.co/ZcBe9fZD0S
— Fortnite (@FortniteGame) May 21, 2018
Fortnite World Cup ini akan berlangsung pada pada 26 sehingga 28 Julai bertempat di New York City, yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak $30 juta US Dollar. Top 100 pemain solo akan dijemput bersama dengan top 50 team duos. So, macam mana nak join tournament ni?
Fortnite akan mengadakan open online qualifier di mana setiap round akan ditawarkan hadiah bernilai $1 juta bermula 13 April sehingga 16 Jun tahun ni. Pemain yang perform well consistently akan berpeluang untuk berada dalam top 200 pemain. Yang pasti, sesiapa saja boleh join dan menang!
Untuk maklumat lanjut dan ketahui syarat-syarat yang ditetapkan, boleh terus ke website Epic games!
@gamersantaimy
Discussion about this post