MMORPG yang digemari ramai, Final Fantasy XIV, kini akan hadir di peranti mobile! Anak syarikat Tencent Games, LightSpeed Studios, bekerjasama dengan Square Enix, secara rasmi telah mengumumkan Final Fantasy XIV Mobile, yang dijadualkan untuk pelancaran global di iOS dan Android.
Di bawah pengawasan pengarah dan penerbit Final Fantasy XIV, Naoki Yoshida, adaptasi mobile ini berjanji untuk menyampaikan semula kisah epik dan mekanik gameplay asal dengan setia.
“Sudah 11 tahun sejak pelancaran Final Fantasy XIV: A Realm Reborn, dan game mobile baharu ini akan menjadi ‘adik’ kepada Final Fantasy XIV,” kata Yoshida. “Ia bertujuan untuk menggambarkan semula kehebatan cerita asal dan mekanik pertarungan di peranti mobile. Ciri-ciri bukan pertarungan, seperti Disciples of the Land and Hand, juga akan dilaksanakan dengan setia, dan kami teruja untuk terus berkembang bersama komuniti Final Fantasy XIV yang penuh semangat.”
Game ini, yang dilesenkan secara rasmi oleh Square Enix dan dibangunkan oleh LightSpeed Studios, berlatarbelakangkan dunia luas Eorzea, menawarkan peluang kepada pemain untuk memulakan pengembaraan baharu yang dipenuhi pertarungan mencabar, naratif kaya, dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Ciri-Ciri Gameplay
Final Fantasy XIV Mobile akan menampilkan pertarungan dinamik dan intensif yang direka khusus untuk peranti mobile. Dengan kawalan yang dioptimumkan, pemain dapat merasai keseronokan melawan musuh ikonik sambil menggunakan abiliti memukau dan efek serangan yang menakjubkan.
Limit break, ciri khas siri ini, pun ada untuk memberi penamat spektakular bagi setiap pertempuran.
Sembilan job unik akan tersedia semasa pelancaran, membolehkan pemain menyesuaikan gaya permainan mereka. Sistem Armoury, salah satu elemen penting game asal, kembali untuk membolehkan pengembara bertukar-tukar job dengan bebas dan meneroka pilihan tanpa batas.
Pertarungan bukan satu-satunya daya tarikan Final Fantasy XIV Mobile. Pemain boleh menikmati aktiviti santai di Eorzea, seperti perlumbaan chocobo, permainan kad Triple Triad, dan acara bermusim di Gold Saucer.
Untuk peminat crafting dan gathering, game ini akan dilancarkan dengan 11 kelas crafting dan gathering. Sama ada memancing, melombong, atau membuat alkimia menjadi minat anda, ada sesuatu untuk semua orang.
Ciri lain termasuk pembinaan rumah dan penyesuaian watak. Hias rumah anda, peribadikan Warrior of Light anda dengan pakaian, serta ekspresikan kreativiti anda di dunia yang penuh warna ini.
Pelancaran Global Menanti
China akan menjadi tuan rumah ujian permainan pertama untuk Final Fantasy XIV Mobile, dengan pelancaran global menyusul tidak lama selepas itu. Untuk makklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post