Dalam talkshow Final Fantasy “Farewell Stories” 30th Anniversary Exhibition yang skang ni sedang berlansung kat Tokyo, Square Enix ada tunjuk 4 screenshot dari Final Fantasy VII Remake yang sekarang masih dalam pembangunan. Tapi screenshot tu orang yang datang event je nampak, pastu diorang tak cadang pun nak release kat internet buat masa ni.
Daripada posting Twitter event tu, design Cloud memang dah berubah daripada trailer yang kita penah tengok sebelum ni (aku ingat lagi semua orang jadi batak masa tu sekali dengan aku). Development Lead game ni Naoki Hamaguchi cakap, pencipta asal watak Cloud iaitu Tetsuya Nomura kata OK kat design baru ni. Abang Tetsuya kata design ni paling dekat dengan yang ori..
Screenshot tu tunjuk Cloud dengan ahli Avalanche, posting Twitter cakap Biggs bapak hensem, Wedge gemuk dan comel pastu Jessie cute. Cloud plak nampak tak matang, tapi menten hensem.
Nampak gaya macam semuanya dah remade balik daripada trailer asal dulu.
Adui tak sabarnya tunggu remake ni kuar..
@gamersantaimy
Discussion about this post