Baru-baru ini, Square Enix telah mendedahkan info dan screenshot baru untuk Final Fantasy VII Rebirth yang menjelaskan tentang gaya pertarungan Red XIII (watak yang boleh dimainkan), Synergy Ability dan Synergy Skill, summon baru Kujata, Protorelic, Chocoboutique dan combat style serta tahap kesukaran.
Berikut adalah info lengkap:
Red XIII

Basic Attack – Red XIII menyerang musuh dengan kuku tajamnya. Tekan dan tahan butang untuk melancarkan serangan jarak jauh yang mengisi ATB dengan cepat.

Ability – Red XIII mempunyai pelbagai skill, daripada serangan fizikal sepantas kilat kepada serangan magic jarak jauh. Stardust Ray memunculkan bola cahaya meletup yang menghanguskan semua musuh yang terperangkap dalam letupan itu.

Vengeance Mode – Block serangan musuh untuk mengisi ‘vengeance gauge’, dan lepaskan tenaga itu untuk memasuki vengeance mode, yang meningkatkan serangan fizikalnya dan kehebatan mengelaknya. Siphon Fang melakukan serangan yang kuat sambil menyerap HP musuh—tanpa mengeluarkan ATB.
Aerith

Unique Ability: Ward Shift – Aerith boleh teleport serta-merta kepada mana-mana sigil yang dia cipta, yang membolehkan dia bergerak di sekitar medan perang dengan mudah dan memaksimumkan kesan magic-nya.
Sistem Baru: Synergy Ability
Serangan yang kuat di mana dua watak bergabung untuk menewaskan musuh. Lebih banyak abiliti akan dibuka apabila anda meningkatkan level parti dan mengeratkan hubungan antara ahli parti. Isi synergy gauge dengan menggunakan abiliti, kemudian lepaskan serangan serentak!

Cloud / Tifa: Relentless Rush – Cloud melancarkan Tifa ke arah musuh untuk menyerang serentak.

Barret / Red XIII: Overfang – Barret menghantar Red XIII terbang ke arah musuh pada kelajuan tinggi.
Sistem Baru: Synergy Skill
Dua ahli parti bekerjasama untuk mengaktifkan abiliti berguna tanpa menggunakan ATB. Arahan ini boleh dilaksanakan semasa block, dan memberikan pelbagai kesan berfaedah. Setiap pasangan mempunyai set kebolehan unik sendiri; sesetengah melakukan damage, manakala yang lain menawarkan sokongan.

Cloud / Aerith: Spell Blade – Kumpulkan kekuatan, kemudian bekerjasama untuk melancarkan serangan magic yang dicaskan.

Barret / Cloud: Mad Dash – Bekerjasama untuk mengecas ke hadapan sambil menghalang serangan musuh. Aktifkan mengikut turutan untuk melakukan kombo tiga pukulan.
Summon Kujata

Dewa lembu yang menyerang medan perang menggunakan kuasa api, ais dan kilat. Ia melemparkan musuh dengan tanduknya yang besar dan melancarkan serangan magic yang menyerang musuh daripada jauh.

- Kujata menghampiri musuh secara melulu dan memanipulasi kebolehan elemental untuk melakukan serangan magic. Blazing Horn melancarkan letupan berapi yang tertumpu pada musuh, lalu meletupkan mereka ke belakang.
- Kujata melancarkan Tri-Disaster sejurus sebelum meninggalkan medan perang. Ini merupakan serangan jarak jauh kuat yang merangkumi kuasa api, ais dan kilat serta pasti akan mencederakan banyak musuh dan berpotensi melenyapkan mereka.


Protorelic

Protorelic ialah artifak tidak diketahui yang memancarkan isyarat tenaga unik. Barang antik ini tersembunyi di seluruh dunia tetapi dengan bantuan menara gelombang yang diaktifkan, ia sepatutnya dapat menunjukkan anda ke arah mereka. Walau bagaimanapun, berhati-hati: ia mengubah ruang-masa, dan boleh menyebabkan fenomena aneh.
Chocoboutique

Ladang Chocobo juga merupakan rumah kepada chocoboutiques, gerai di mana anda boleh customize dan mewarna semula peralatan chocobo anda dari kepala ke kaki. Gear akan memberi kesan kepada prestasinya dalam perlumbaan chocobo, jadi cari sususan yang sesuai dengan gaya anda untuk dapatkan emas!
Combat Style

Final Fantasy VII Rebirth menawarkan dua gaya pertempuran dan pelbagai tahap kesukaran untuk pemain. Mode “Active” menawarkan kawalan penuh ke atas setiap pergerakan watak, dan membolehkan mereka melaksanakan strategi canggih. Mode “Classic” mengautomasikan tindakan asas watak, untuk memberikan masa kepada kita supaya dapat menumpukan pada tindakan tertentu.
Tahap Kesukaran / Difficulty Level

Kesukaran “Easy” membolehkan pemain menumpukan pada cerita dan bukannya pertempuran, manakala “Normal” memberikan cabaran yang adil untuk kebanyakan pemain. Dalam kesukaran “Dynamic”, musuh menjadi lebih kuat mengikut watak anda—sesuai untuk pemain yang inginkan cabaran tanpa henti.
Pada masa yang sama, PlayStation Asia turut mengeluarkan trailer baru di bawah, yang menceritakan semula peristiwa Final Fantasy VII Remake.
Maka, itu sahaja info yang kami ada tentang Final Fantasy VII Rebirth – game ini bakal keluar di PlayStation 5 pada 29 Februari 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post