Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suicide Squad: Kill the Justice League Bakal Adakan Alpha Test Tertutup!

Maira by Maira
November 21, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Suicide Squad: Kill the Justice League Bakal Adakan Alpha Test Tertutup!

Sumber: Warner Bros. Games

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya game Suicide Squad: Kill the Justice League akan melakukan ujian Alpha tidak lama lagi. Didedahkan melalui forum ResetEra, Warner Bros. telah membuka pendaftaran untuk ujian Alpha tertutup untuk Suicide Squad: Kill the Justice League.

Ujian tersebut akan berlangsung bermula 30 November sehinggalah 4 Disember. Memandangkan game itu masih dalam ujian Alpha, jadi ada banyak lagi benda yang masih dibangunkan dan menyediakan sebahagian kecil kandungan untuk pemain. Jadi kalau anda berminat, bolehlah mendaftar melalui laman web rasmi game.

Untuk mendaftar anda perlu mempunyai akaun Warner Bros. dan perlu menandatangan NDA jika terpilih untuk mainkan game tersebut.

Tentang Suicide Squad: Kill the Justice

Kalau anda nak tahu, game ini ialah game action–adventure shooter yang boleh dimainkan secara solo atau dengan sehingga empat pemain secara online co-op. Menampilkan naratif original dalam dunia DC, game ini berlangsung di dunia open-world Metropolis yang sangat terperinci.

Suicide Squad: Kill the Justice League
Sumber: Warner Bros. Games

Kisah ini mengikuti empat penjahat – Harley Quinn, Deadshot, Captain Boomerang, dan King Shark yang mesti mengambil misi mustahil untuk menyelamatkan Bumi dan membunuh superhero DC terhebat di dunia, The Justice League.

Diugut dengan bahan letupan maut yang ditanam di kepala mereka, keempat-empat penjahat DC tersebut tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama dan melaksanakan tugasan dahsyat ini sebagai sebahagian daripada Task Force X di bawah arahan Amanda Waller.

Suicide Squad: Kill the Justice League
Sumber: Warner Bros. Games

Setiap ahli skuad mempunyai kebolehan unik mereka sendiri dengan kebolehan traversal bebas untuk meneroka dunia Metropolis yang dinamik, bersama-sama dengan pelbagai senjata untuk diubah suai dan skill untuk dikuasai.

Pra-tempah untuk game sudah pun tersedia. Kalau anda membelinya sebelum game ini lancar, anda boleh mendapatkan kandungan digital bonus iaitu “Classic Outfit” untuk watak game.

Suicide Squad: Kill the Justice League akan dilancarkan pada 2 Februari 2024 di PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Carta Organisasi ‘Straw Hat Grand Fleet’ – Ahli & Rakan Di Bawah Luffy!

Next Post

Final Fantasy VII Rebirth – Info Tentang Gaya Tempur ‘Red XIII’, Kemahiran Synergy, Summon & Banyak Lagi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Next Post
Final Fantasy VII Rebirth – Info Tentang Gaya Tempur ‘Red XIII’, Kemahiran Synergy, Summon & Banyak Lagi

Final Fantasy VII Rebirth - Info Tentang Gaya Tempur 'Red XIII', Kemahiran Synergy, Summon & Banyak Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd