Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy Tactics Remaster Tidak Termasuk Content “War of the Lions,” Beberapa Watak & Kelas Ikonik Terpaksa Ditinggalkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Remastered, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Final Fantasy Tactics Remaster Tidak Termasuk Content “War of the Lions,” Beberapa Watak & Kelas Ikonik Terpaksa Ditinggalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam temu bual terbaharu di laman rasmi Square Enix, Kazutoyo Maehiro, pengarah Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles, berkongsi maklumat baharu tentang versi remaster yang bakal hadir — yang mungkin mengecewakan segelintir peminat tegar RPG taktikal ini.

Maehiro mendedahkan bahawa versi baharu ini hanya dibina berasaskan Final Fantasy Tactics asal, tanpa menyertakan sebarang kandungan daripada versi naik taraf Final Fantasy Tactics – The War of the Lions, yang sering dianggap sebagai versi terbaik oleh ramai pemain.

Ketika ditanya mengapa mereka memilih untuk hanya fokus kepada versi asal dan tidak The War of the Lions, Maehiro menjelaskan bahawa walaupun versi tersebut mendapat sambutan hangat sewaktu pelancarannya, pasukan pembangunan (yang kebanyakannya juga terlibat dalam penghasilan game asal pada 1997) mahu kekal setia kepada pengalaman pertama yang membentuk game ini.

“Apabila kami menoleh ke belakang hampir 30 tahun kemudian, kami bertanya kepada diri sendiri apa yang boleh dilakukan oleh pasukan kami untuk membawa game ini kepada generasi pemain baru,” kata Maehiro.

“Laluan yang paling sesuai adalah untuk menghormati pengalaman game original dan mencipta semula dalam bentuk terbaik yang mungkin.”

Keputusan untuk tidak memasukkan kandungan dari The War of the Lions seperti watak kegemaran ramai — Balthier dan Luso — serta kelas seperti Onion Knight dan Dark Knight, adalah keputusan yang disengajakan.

Menurut Maehiro, versi asal Final Fantasy Tactics sudah pun merupakan “game yang sangat lengkap” dari segi jalan cerita dan reka bentuk, dan sebarang perubahan besar kepada versi Remaster boleh merosakkan keseimbangan pengalaman untuk pemain lama atau pendatang baru.

“Langkah pertama kami dalam menghidupkan semula Final Fantasy Tactics adalah untuk berpegang kepada yang original dan menyerlahkan watak serta job game asal, serta pengalaman gameplay yang asli,” tambahnya.

Walaupun keputusan ini mungkin mengecewakan sebahagian peminat, Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles tetap membawa harapan besar dalam memperkenalkan kembali game strategi ikonik ini kepada konsol moden.

Sama ada anda pemain lama atau baru, game ini tetap dijanjikan sebagai satu peluang untuk menyelami semula atau buat kali pertama dunia Ivalice yang penuh taktik.

Kehilangan kandungan tambahan The War of the Lions mungkin terasa, tetapi fokus terhadap memelihara identiti asal memberi nafas semula yang lebih setia dan jujur kepada legasi game ini.

Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles bakal dilancarkan pada 30 September 2025 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Xbox Series X|S, manakala versi PC melalui Steam akan tiba pada 1 Oktober.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy Tactics Remaster
ShareTweetSend
Previous Post

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

Next Post

Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa
Acara

Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa

July 11, 2025
SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 Tawar Diskaun Besar di Steam, Termasuk Bundle Baru “Like a Dragon!”
Promosi

SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 Tawar Diskaun Besar di Steam, Termasuk Bundle Baru “Like a Dragon!”

July 11, 2025
Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!
Berita

Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!

July 11, 2025
Next Post
Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!

Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd