Sempena Disney+ Day yang akan berlaku pada bulan September, tarikh untuk penstriman filem Marvel terbaru, Thor: Love and Thunder telah pun didedahkan. Filem tersebut akan hadir ke platform Disney+ Hotstar pada 8 September ini. Jadi peminat Marvel di Malaysia yang tidak berkesempatan untuk menontonnya bolehlah melanggan Disney+ Hotstar sekarang!
Tayangan filem Thor: Love and Thunder yang telah dibatalkan pada Julai yang lalu telah membuatkan ramai peminat Marvel kecewa. Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah memberikan maklum balas mengenai pembatalan filem tersebut di pawagam seluruh Malaysia. Dilaporkan bahawa filem tersebut tidak ditayangkan kerana tidak melepasi garis panduan yang disediakan oleh LPF.
Antara sebab utama ialah isu LGBT yang terdapat dalam filem itu. Isu itu dapat dilihat melalui watak Valkyrie dan Korg dalam filem Thor itu. Sama seperti kes filem animasi Lightyear yang juga dibatalkan tayangannya kerana mempunyai adegan berunsur LGBT di dalamnya. Disney pula enggan memotong adegan tersebut dan ini membuatkan LPF memutuskan supaya filem tersebut tidak ditayangkan di Malaysia.
Filem ini akan dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai Thor bersama Mighty Thor atau Jane Foster yang dilakonkan oleh Natalie Portman. Tessa Thompson kembali sebagai Valkyrie dan Taiki Waititi sebagai Korg. Terdapat juga wajah baharu yang ditampilkan dalam filem ini termasuk Rusell Crowe sebagai Zeus dan Christian Bale sebagai villain utama iaitu Gorr the God Buthcher. Berikut adalah sinopsis filem melalui imdb:
Persaraan Thor diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher, yang ingin menghapuskan tuhan. Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie, Korg dan bekas teman wanita Jane Foster, yang menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, sebagai Mighty Thor. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri dendam Dewa Butcher dan menghentikannya sebelum terlambat.
Apapun, peminat Marvel yang sudah lama menunggu untuk menonton filem Thor: Love and Thunder boleh nantikannya awal bulan depan di Disney+ Hotstar. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post