Diumumkan pada awal Disember tahun lepas, akhirnya kita akan melihat satu superhero terbaru, Blue Beetle di pawagam Malaysia pada 17 Ogos 2023. Merupakan filem pertama dalam francais DCU baharu yang dikendalikan oleh James Gunn dan Peter Safran.
Graduan kolej, Jaime Reyes pulang ke tanah air penuh dengan aspirasi untuk masa depannya, hanya untuk mendapati rumah itu tidak seperti apa yang ditanggalkan sebelum ini. Semasa dia mencari tujuannya di dunia, takdir campur tangan apabila Jaime secara tidak dijangka mendapati dirinya memiliki peninggalan purba bioteknologi asing: Scarab.
Apabila Scarab tiba-tiba memilih Jaime untuk menjadi tuan rumah simbiotiknya, dia dianugerahkan dengan perisai yang luar biasa yang mampu menghasilkan kuasa yang luar biasa dan tidak dapat diramalkan, mengubah nasibnya selama-lamanya apabila dia menjadi Super Hero BLUE BEETLE.
Filem ini dibintangi oleh Xolo Mariduena sebagai Jaime Reyes/Blue Beetle, Adriana Barraza sebagai Nana, Damian Alcazar sebagai Alberto Reyes, Elpidia Carrillo sebagai Rocio Reyes, Bruna Marquezine sebagai Jenny Kord, Raoul Max Trujillo sebagai Carapax, Susan Sarandon sebagai Victoria Kord dan George Lopez sebagai Rudy.
Kalau anda nak tahu, ini merupakan penampilan sulungnya dalam filem industri dan telah berada di dalam komik sejak 2006 lagi. Watak ini telah dicipta oleh Keith Giffen, John Rogers dan Cully Hamner. Dia membuat penampilan sebagai Jaime Reyes dalam komik Infinite Crisis #3 pada Februari 2006 dan sebagai Blue Beetle dalam Infinite Crisis #5 pada April 2006.
Sejak itu, dia telah menyertai beberapa pasukan seperti Justice League, Justice League International, Teen Titans dan banyak lagi.
Memandangkan ini adalah penampilan sulungnya dalam filem industri, kami masih tidak tahu sama ada ianya adaptasi sepenuhnya daripada komik ataupun tidak. Lagi-lagi ia merupakan sebuah filem live action, ia agak susah untuk mengadaptasi komik secara sepenuhnya. Blue Beetle akan ditayangkan pada 17 Ogos 2023 di Malaysia.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post