Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem MCU ‘Thunderbolts’ Akan Debut Pada Mei 2025, Ada Adegan Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem MCU ‘Thunderbolts’ Akan Debut Pada Mei 2025, Ada Adegan Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Berhati-hati dengan siapa yang anda kumpulkan—itulah slogan untuk filem terbaharu Marvel Studios’ Thunderbolts, yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 1 Mei 2025.

Dijangka menjadi filem ke-36 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), Marvel Studios telah mengeluarkan teaser trailer pertama dan poster untuk filem Thunderbolts akan datang. Menyatukan sekumpulan antihero paling tidak dijangka dalam MCU, mereka bertembung dan dipilih untuk menjalankan misi bagi kerajaan.

Kredit: Marvel Studios

Watak-watak utama terdiri daripada:

  • Florence Pugh sebagai Yelena Belova: Seorang anggota Thunderbolts yang dilatih di Red Room sebagai Black Widow.
  • Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes: Seorang askar super yang dipertingkatkan dengan lengan sibernetik dan ketua Thunderbolts. Dia dianggap terbunuh semasa Perang Dunia Kedua, tetapi muncul semula pada masa kini sebagai pembunuh yang dicuci otak sebelum programnya dinyahaktifkan.
  • David Harbour sebagai Alexei Shostakov / Red Guardian: Seorang anggota Thunderbolts yang merupakan askar super Rusia, setara dengan Captain America dan bapa angkat kepada Yelena Belova.
  • Wyatt Russell sebagai John Walker / U.S. Agent: Seorang askar super yang dipertingkatkan dan anggota Thunderbolts. Dia merupakan bekas Kapten Rangers Tentera AS yang dipilih oleh kerajaan AS untuk menjadi pengganti Steve Rogers sebagai Captain America sebelum menerima pemecatan tidak terhormat.
  • Olga Kurylenko sebagai Antonia Dreykov / Taskmaster: Seorang anggota Thunderbolts dengan refleks fotografi yang membolehkannya meniru gaya pertempuran lawan. Dia pernah dikawal oleh bapanya Dreykov untuk menyelesaikan misi untuk Red Room sebelum dibebaskan oleh Natasha Romanoff, kakak angkat Belova, dalam filem Black Widow.
  • Hannah John-Kamen sebagai Ava Starr / Ghost: Seorang anggota Thunderbolts dengan ketidakstabilan molekul yang membolehkannya menembusi objek.

Penonton bermata tajam yang telah melihat treler akan dapat melihat satu mercu tanda Malaysia yang dikenali. Pada minit 1:12 dalam video tersebut, Yelena Belova dilihat di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur – di mana bekas Menara HSBC South Tower meletup di latar belakang.

Kredit: Marvel Studios

Florence Pugh sendiri seolah-olah mengesahkan bahawa dia telah menjalani penggambaran di Malaysia dalam satu temu bual dengan Variety, pada 28 Julai. Apabila ditanya mengenai aksi terbesar yang dilakukannya dalam Thunderbolts, Pugh menjawab: “Terjun dari bangunan kedua tertinggi di dunia.” Berdiri pada ketinggian 678.9m, Merdeka 118 di Kuala Lumpur memegang gelaran tersebut.

Florence Pugh reveals that she jumped off the second tallest building in the world in Marvel’s “Thunderbolts.” https://t.co/ZINasRnzil pic.twitter.com/isvfMeaWQ3

— Variety (@Variety) July 28, 2024

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Thunderbolts
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Ara: History Untold – Kuasai Setiap Zaman, Dari Purba Hingga Moden!

Next Post

Pra-Pendaftaran Kini Dibuka Untuk Girls’ Frontline 2: Exilium!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Pra-Pendaftaran Kini Dibuka Untuk Girls’ Frontline 2: Exilium!

Pra-Pendaftaran Kini Dibuka Untuk Girls' Frontline 2: Exilium!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd