Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Patut keluar tahun depan, filem John Wick: Chapter 4 ditunda ke Mac 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Patut keluar tahun depan, filem John Wick: Chapter 4 ditunda ke Mac 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Lionsgate telah mengumumkan bahawa filem aksi John Wick: Chapter 4 yang dibintangi oleh Keanu Reeves akan ditunda ke 24 Mac 2023. Sepatutnya akan keluar pada 27 Mei 2022, John Wick: Chapter 4 ” kini ditunda sehingga setahun dari pelancaran asal.

Diarahkan oleh Chad Stahelski, filem ke-4 dalam saga “John Wick” dibintangi oleh Reeves, Donnie Yen, Laurence Fishburne, Lance Reddick, Bill Skarsgård, Rina Sawayama, Shamier Anderson dan Ian McShane. Bagi mereka yang bekerja di sebalik tabir, Michael Finch dan Shay Hatten menulis lakon layar dengan Stahelski, Basil Iwanyk dan Erica Lee bertugas sebagai penerbit dan Reeves dan Louise Rosner pula adalah produser eksekutif.

John Wick 4: Everything We Know About The Action Sequel - GameSpot

Sebelum ini, Keanu Reeves pernah menjelaskan dalam temu bual bahawa filem John Wick Chapter 4 akan memperkenalkan dunia misteri yang lebih mendalam dengan memaparkan pelakon seni bela terkenal, Donnie Yen sebagai watak jahat.

“Filem [John Wick Chapter 4] juga akan menampilkan ramai pendatang baru yang akan melengkapkan lagi jalan cerita. Akan ada beberapa aksi dalam filem ini yang sangat menakjubkan dan watak baru yang menyenangkan,”.

Kata Reeves.
John Wick 4: Donnie Yen Looks Sharp And Ready To Kick Ass With Keanu In New  Set Photo | Cinemablend

Bagi mereka yang kurang tahu, filem pertama John Wick menerima ulasan positif, di mana pengkritik menyebutnya sebagai salah satu persembahan terbaik dari Reeves dan salah satu filem aksi terbaik pada tahun 2014. Ia mencecah $86 juta di seluruh dunia. John Wick: Chapter 2, dan John Wick: Chapter 3 – Parabellum, dikeluarkan pada Februari 2017 dan Mei 2019 masing-masing, untuk kejayaan kritis dan komersial yang serupa.

John Wick 4 Delayed All the Way Into 2023

Berita tentang penangguhan filem ini datang selepas Reeves meraikan tayangan filem ke-4 dalam siri “The Matrix”, salah satu francais paling ikonik dalam genre sci-fi. The Matrix Resurrections, yang kini sudah ditayangkan di pawagam Malaysia, pada satu ketika dahulu, patut keluar pada 21 Mei 2021, tetapi terpaksa ditunda ke Disember 2021 selepas wabak COVID-19 menjejaskan jadual produksi.

Sekali lagi saya ingatkan, filem aksi John Wick: Chapter 4 akan ditayangkan pada 24 Mac 2023.

Tags: ditundaJohn WickJohn Wick: Chapter 4Keanu Reeves
Previous Post

PlayStation Holiday Sale dan Steam Winter Sale sudah bermula! Jom Tambah Game Baru!

Next Post

Review The Matrix Resurrections: Pil merah atau pil biru?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Review The Matrix Resurrections: Pil merah atau pil biru?

Review The Matrix Resurrections: Pil merah atau pil biru?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd