Game memang tidak akan terlepas daripada adaptasi live action, malah baru-baru ada berita yang mengatakan bahawa tajuk eksklusif PlayStation juga akan mendapat adaptasi mereka sendiri. Game tersebut ialah Horizon Zero Dawn dan God of War, di mana kedua-dua live action dihasilkan daripada produksi berbeza. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Berita mengenai adaptasi live action untuk Horizon Zero Dawn dan God of War datang selepas mesyuarat Sony. Melalui Deadline, Horizon Zero Dawn kini sedang dalam pembangunan awal oleh Netflix. Melihat daripada adaptasi lain Netflix seperti Resident Evil dan Cuphead, rasanya masih awal lagi untuk kita menjangka bagaimana hasil akhirnya nanti. Harap-harap ia tidaklah begitu jauh daripada dunia Horizon yang kita kenali, penuh dengan robot daripada pelbagai saiz.
Bercerita mengenai God of War pula, pada awal bulan yang lalu, sudah ada khabar angin mengenai adaptasi live action ini apabila Amazon menunjukkan minat terhadap game tersebut. Selepas sesi soal jawab Sony, nampaknya memang betul game tersebut mendapat adaptasi oleh Amazon untuk Prime Video. Buat masa ini, masih tiada lagi barisan pelakon yang diumumkan. Nantikan sahaja berita lanjut mengenainya nanti.
God of War merupakan francais daripada pembangun Santa Monica Studio untuk konsol PlayStation. Game aksi tersebut telah dilancarkan pada tahun 2005 di PS2, yang merupakan entri pertama francais. Anda akan diperkenalkan dengan Kratos serta mengikuti perjalanannya dalam mengubah takdir hidupnya. Game terbarunya, God of War: Ragnarök juga dijangka keluar pada tahun ini, dan antara game yang peminat nantikan.
Apa pendapat anda mengenai adaptasi live action untuk kedua-dua francais hebat ini? Boleh kongsikannya di ruang komen. Ikuti Gamer Santai untuk mengikuti perkembangan lanjut dunia game, anime, manga dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post