Sudah melabur $90 juta (anggaran RM 401 juta), nampaknya Warner Bros. Discovery telah buat keputusan untuk tidak melepaskan filem Batgirl di pawagam mahupun HBO Max. Walaupun filem itu sudahpun menamatkan penggambaran, terkejut juga Warner Bros sanggup membatalkan filem tersebut. Bukan sikit bajet yang digunakan itu.
Kalau anda ingin tahu, filem itu pada mulanya memang dihasilkan untuk dilepaskan di platform HBO Max. Selepas itu ada pula perancangan untuk melepaskannya di pawagam. Tetapi disebabkan oleh pandemik COVID-19, bajet untuk filem tersebut telah melonjak sehingga $90 juta.
Walaupun filem tersebut telah melakukan penggambaran semula dan ditambah bajet, ketua studio tersebut memutuskan bahawa filem tersebut tidak “laku”, menurut orang dalam. CEO David Zaslav, komited untuk menjadikan tajuk-tajuk DC sebagai filem besar dan Batgirl bukan filem tersebut. Lagipun, filem Batgirl bukanlah diskripkan atau dihasilkan untuk tayangan di pawagam.
Penggambaran pada mulanya dijalankan di Glasgow, Scotland, dari November 2021 hingga Mac 2022, dan dalam pasca produksi. Jurucakap studio itu tidak mempunyai sebarang komen. Pelakon utama, Leslie Grace juga tidak memberikan komen mengenai pembatalan filem ini. Kini, ramai peminat telah munculkan diri meminta Warner Bros. untuk melepaskan filem tersebut.
Tentang Batgirl
Batgirl merupakan salah seorang pelindung di Gotham City bersama-sama Batman. Dia juga merupakan Barbara Gordon, satu-satunya anak perempuan kepada Pesuruhjaya Polis James Gordon. Sebelum dia lumpuh akibat daripada tembakan Joker, Batgirl merupakan seorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri. Kini dia menjadi Oracle, seorang hacker celik dan pembantu kepada Batman.
Sumber: NYpost
@gamersantaimy
Discussion about this post