Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Baru Super Mario Rasmi Akan Datang April 2026, Bak Kata Nintendo

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Baru Super Mario Rasmi Akan Datang April 2026, Bak Kata Nintendo
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum tayangan Nintendo Direct hari ini, Shigeru Miyamoto telah berkongsi info mengejut di media sosial tentang filem animasi baharu Super Mario, di mana dia mendedahkan tarikh tayangan untuk Jepun dan turut berkongsi sedikit maklumat tentang projek itu.

宮本です。今晩はNintendo Directの放送がありますが、その前にひとつお知らせをさせてください。
スーパーマリオの新たなアニメ映画の日本での公開日が2026年4月24日に決まりました。楽しい映画になるように、イルミネーションのチームと一緒に取り組んでいますので、引き続き楽しみにしてください。

— 任天堂株式会社 (@Nintendo) June 18, 2024

Pertama, dia mengesahkan filem baharu ini akan tiba di Jepun pada 24 April 2026, iaitu bulan yang sama dengan tarikh tayangan di negara barat. Berikut adalah mesejnya:

“Hello, ini Miyamoto. Kami akan menyiarkan Nintendo Direct malam ini, tetapi sebelum itu saya ingin membuat pengumuman. Tarikh tayangan untuk filem animasi Super Mario baharu di Jepun telah ditetapkan pada 24 April 2026.”

“Kami sedang bekerjasama dengan pasukan Illumination untuk mencipta filem yang menyeronokkan, jadi sila nantikannya.”

Kredit: Nintendo

Ini berita baik dan sekurang-kurangnya, mengesahkan semula tarikh tayangan filem ini pada April 2026. Secara tidak langsung, ini turut bermaksud produksi sedang berjalan dengan lancar.

Info baharu ini menyusul selepas pengumuman awal semasa sambutan ‘MAR10 Day’ pada tahun ini, yang mengesahkan sekuel animasi Super Mario Bros. Movie akan datang ke negara barat pada 3 April 2026.

Nintendo tidak mendedahkan perkara lain pada masa itu tetapi menjelaskan bahawa filem ini sekali lagi “berasaskan dunia Super Mario Bros”. Pada masa yang sama, pasukan Illumination sama yang bekerja pada filem pertama akan kembali untuk sekuel tersebut.

Kredit: Nintendo

Walaupun menerima ulasan bercampur-campur daripada pengkritik, The Super Mario Bros. Movie memperoleh kutipan sebanyak $1.36 bilion di seluruh dunia dan memecahkan beberapa rekod box-office, termasuk hujung minggu pembukaan terbesar di seluruh dunia untuk filem animasi, filem dengan kutipan tertinggi berdasarkan permainan video dan filem pertama berdasarkan permainan video kepada kutipan lebih $1 bilion.

Kredit: Nintendo

Ia juga menjadi filem kedua dengan kutipan tertinggi pada tahun 2023, filem animasi ketiga dengan kutipan tertinggi dan filem dengan kutipan tertinggi yang diterbitkan oleh Illumination.

Tags: filemmovieSuper Mario
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia – Deku Akhirnya Kalahkan All For One!

Next Post

Mari Cuba Demo Enotria: The Last Song Sekarang Di PS5 & Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Mari Cuba Demo Enotria: The Last Song Sekarang Di PS5 & Steam!

Mari Cuba Demo Enotria: The Last Song Sekarang Di PS5 & Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd