Selepas bertahun-tahun disirikan, peminat akhirnya dapat menyaksikan pertarungan terbesar dan terakhir antara One For All dan All For One dalam My Hero Academia – di mana kemenangan jatuh kepada pihak Hero selepas Deku mengalahkan All For One selama-lamanya.
It all comes down to this! One For All vs. All For One!
Read My Hero Academia, Ch. 423 in Shonen Jump for free! https://t.co/X3FZbMV6L7 pic.twitter.com/SxphUsB02p
— Shonen Jump (@shonenjump) May 19, 2024
Berlaku dalam My Hero Academia bab 423, ini merupakan bab terakhir dalam Final War Saga sebelum manga beralih ke fasa epilog yang sedang berlangsung sekarang.
AMARAN! SPOILER UNTUK MY HERO ACADEMIA BAB 423!

Sebelum Deku sempat menyerah kalah, semua pelajar 1A, serta hero lain, membuka laluan untuk protagonis kami. Kini di hadapan All For One (badan Tomura Shigaraki yang dikawal AFO), Deku memberikan tumbukan paling kuat dalam hidupnya ke arah antagonis itu. Tumbukan itu tepat kena perutnya, tetapi All For One masih tidak dapat dikalahkan.
Biasanya, All For One boleh menyembuh semula segala kecederaan dan cukup kuat untuk menahan setiap serangan kuat. Walau bagaimanapun, AFO sedar bahawa kuasa supernya tidak berfungsi lagi.

Disebabkan tumbukan Deku, dia mula runtuh dari dalam. Namun, All For One tidak ingin menyerah kalah, dan badannya mula sembuh semula sehingga dia berjaya menghentikan proses keruntuhan itu. Deku telah terhempas ke lantai, dan kemenangan seolah-olah berpihak kepada All For One.
All For One belum bersedia untuk menerima kekalahan, lalu ingin memindahkan All For One kepada Deku, untuk mengulangi proses kelahiran semula di badan baharu. Namun, Shirakumo dan Bakugo datang pada masa yang tepat. Shirakumo menggunakan kuasa Warpgate untuk meletakkan Deku di hadapan All For One sekali lagi, lalu ditolak oleh Bakugo ke arah portal tersebut.

Kini berhadapan semula, Deku dapat memberikan satu lagi tumbukan hebat kepada All For One, dan kali ini, tumbukan itu cukup kuat untuk mengalahkannya selama-lamanya.
Pada masa yang sama, kesedaran Shigaraki juga muncul semula. Kami mendapat tahu bahawa neneknya, Nana Shimura membantu mendapatkan semula tubuhnya, dan kini, Shigaraki bebas daripada genggaman All For One, yang memanipulasinya sejak awal lagi termasuk membunuh seluruh keluarganya. Shigaraki tidak pernah mempunyai kebebasan, tetapi pada saat ini, dia akhirnya berasa kebebasan buat kali pertama.

Shigaraki tahu dia akan mati tidak lama lagi, tetapi sebelum hancur menjadi debu, dia menyampaikan mesej terakhir kepada Deku. Walaupun menganggap diri sebagai kegagalan, Shigaraki memuji Deku kerana berpegang pada kata-katanya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menunaikan janji tersebut.
Shigaraki berkata:
Jika Spinner terselamat, beritahu ini, “Shigaraki Tomura bertarung hingga akhir untuk memusnahkan.”

Dengan itu, badan Shigaraki hancur menjadi debu, dan seluruh dunia akhirnya terselamat daripada All For One.
@gamersantaimy
Discussion about this post