Hari ini, Konami Digital Entertainment Limited mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan kontrak kerjasama global bersama FC Barcelona bagi siri game bola sepak eFootball. Kerjasama ini bermula sejak musim 2016-17, dan selepas persetujuan antara kedua-dua pihak, Konami akan kekal sebagai Rakan Kongsi bagi Permainan Video Bola Sepak untuk FC Barcelona.
Daripada siaran akhbar yang diberi, Barca dan Konami telah melanjutkan kontrak untuk beberapa musim. Ini bermakna Konami akan mempunyai akses kepada skuad senior yang termasuk Pedri, Gavi, Robert Lewandowski, Ousmane Dembélé, İlkay Gündoğan, dan banyak lagi pemain ternama lain. Bukan itu sahaja, stadium Camp Nou turut boleh digunakan di dalam eFootball berserta kit semasa.
Selain itu, Konami dapat bekerjasama dengan pemain legenda Barca, yang akan berkhidmat sebagai duta kelas pertama untuk perjanjian itu. Baru sahaja diumumkan; salah satu contoh yang saya boleh beri adalah tambahan pemain bola sepak legenda seperti Rivaldo, Patrick Kluivert, dan Javier Saviola ke Dream Team. Tiga kad jenis Epic ini sudah pun tersedia dalam game sejak semalam 10 Ogos hingga 17 Ogos.

Juli Guiu, naib presiden Kawasan Pemasaran FC Barcelona, berkata:
“Kami sangat berbesar hati untuk memperbaharui perjanjian dengan Konami, sebuah syarikat yang selama ini sentiasa menunjukkan komitmennya kepada FC Barcelona. Konami ialah penanda aras dalam sektor permainan video dan akan membantu kami menjalin sinergi baharu dengan penonton muda dan untuk terus meneroka kemungkinan dalam bidang hiburan digital, sektor utama untuk pengembangan jenama kami pada tahun-tahun akan datang.”
Naoki Morita, Presiden Eropah Konami Digital Entertainment B.V., menambah:
“Ia sangat menggembirakan untuk mengumumkan lanjutan kepada perkongsian yang berjaya. FC Barcelona benar-benar ialah salah satu gergasi bola sepak dunia, kami berbangga untuk memilikinya sebagai sebahagian daripada siri eFootball sekarang dan untuk beberapa tahun akan datang berkat pembaharuan ini. Untuk mendapatkan masa depan jangka panjang yang merangkumi pelbagai hak dan pengaktifan komersial, imej dan e-sukan adalah bagus untuk Konami dan untuk siri eFootball ketika kami terus mengembangkan produk untuk membawa pengalaman pengguna terbaik”.
Bagi mereka yang tidak tahu, eFootball ialah penjenamaan semula kepada siri game bola sepak popular “PES” oleh Konami. Perubahan itu membawa masuk pelbagai ciri baru termasuk game engine baharu, kemajuan dalam gameplay , dan pemasaran eFootball sebagai ‘game free-to-play’ di semua platform yang serasi.
Anda boleh bermain eFootball 2023 sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Mobile. Untuk membaca segala berita kami tentang eFootball, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post