Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FANTHFUL Raikan PlayStation 30th Anniversary Dengan Merchandise Eksklusif

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Produk
0 0
0
FANTHFUL Raikan PlayStation 30th Anniversary Dengan Merchandise Eksklusif
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol PlayStation asal, yang dilancarkan pada 3 Disember 1994, merevolusikan dunia gaming dan meninggalkan kesan mendalam dalam industri ini. Bagi meraikan 30 tahun pengembaraan ini, FANTHFUL, dengan kerjasama Sony Interactive Entertainment, mengumumkan pelancaran merchandise bertema PlayStation 30th Anniversary. Pra-tempahan untuk koleksi menarik ini kini dibuka, dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada akhir Mac 2025.

PlayStation 30th Anniversary Acrylic Keychain (Blind Box)

Kredit: FANTHFUL

Menghormati muka depan game ikonik dari era PS1, PS2, dan PS3, koleksi keychain ini adalah item wajib bagi peminat judul klasik. Dengan lapan reka bentuk—Gran Turismo (1997), Syphon Filter (1999), Ape Escape (1999), Jak & Daxter: The Precursor Legacy (2001), Sly Cooper (2002), Shadow of the Colossus (2005), Infamous (2009), dan Toro! Let’s Party! (2009)—keychain dalam blind box ini menangkap sejarah PlayStation.

  • Harga: USD 47.99 (set penuh dengan 8 reka bentuk)

PlayStation 30th Anniversary Acrylic Keychain Set

Kredit: FANTHFUL

Set ini menampilkan elemen yang diinspirasikan daripada konsol PlayStation original, controller original , dan logo ikonik PlayStation (“△○×□”). Reka bentuk nostalgia ini menjadikannya penambahan yang menonjol kepada koleksi mana-mana peminat.

  • Harga: USD 16.99 (set merangkumi 3 item)

PlayStation 30th Anniversary Cap

Kredit: FANTHFUL

Direka dengan skema warna klasik konsol original, topi ini mempunyai sulaman logo “△○×□” di bahagian depan dan sisi, bersama empat warna PlayStation. Ia adalah aksesori sempurna untuk peminat yang mahukan gaya retro dan kontemporari.

  • Harga: USD 24.99

PlayStation 30th Anniversary Shoulder Bag

Kredit: FANTHFUL

Beg silang ini direka dalam bentuk dan warna konsol PlayStation original. Ia menawarkan praktikaliti dan visual nostalgia, menggambarkan reka bentuk ikonik jenama ini.

  • Harga: USD 49.99

PlayStation 30th Anniversary Mug

Kredit: FANTHFUL

Cawan seramik hitam ini menampilkan logo PlayStation dengan tekstur timbul pada satu sisi dan gambaran terperinci konsol serta controller asal di sisi lain. Bahagian bawah cawan dihiasi dengan empat warna PlayStation, menambah sentuhan unik.

  • Kapasiti: Kira-kira 300 ml
  • Harga: USD 16.99

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi merchandise PlayStation 30th Anniversary dan tawaran lain,sila layari laman web rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FANTHFULplaystation
ShareTweetSend
Previous Post

Semua Pengumuman Penting di Jump Festa 2025 – Dari JJK Hingga One Piece!

Next Post

Mulakan 2025 Dengan Promosi Besar SEGA New Year Sale! Metaphor: ReFantazio Harga Murah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Next Post
Mulakan 2025 Dengan Promosi Besar SEGA New Year Sale! Metaphor: ReFantazio Harga Murah!

Mulakan 2025 Dengan Promosi Besar SEGA New Year Sale! Metaphor: ReFantazio Harga Murah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd