Hari ini, Facebook telah memperkenalkan aplikasi mobile Facebook Gaming. Ini merupakan langkah yang besar untuk syarikat tersebut bagi menentukan posisi mereka di dalam industri permainan video ketika orang mencari hiburan semasa wabak COVID-19.
Aplikasi ini dibangunkan sepenuhnya untuk mencipta kandungan gaming dan menonton secara siaran langsung dalam pasaran yang berkembang pesat di mana Facebook harus bersaing bersama Twitch, YouTube dan Mixer. Aplikasi baru ini merangkumi game-game kasual dan akses ke komuniti gaming. Fungsi bernama Go Live membolehkan pengguna memuat naik siaran langung permainan mereka dengan hanya menekan beberapa butang.
Siaran langsung tersebut kemudian dapat dikongsi ke halaman Facebook mereka, yang berpotensi ditonton oleh beribu-ribu orang lain dan memudahkan kerjaya mereka untuk menjadi streamer amatur. Sangat mudah dan membantu! Aplikasi ini tidak mempunyai iklan di dalamnya, buat masa ini. Facebook akan menjana wang apabila penonton mengirim “bintang” (yang mewakili sejumlah wang) kepada streamer.
Kami dapat lihat usaha Facebook yang kini memfokuskan pada pelantar mobile. Dengan pengenalan kepada aplikasi Facebook Gaming, ini memudahkan lebih ramai orang untuk didedahkan kepada industri gaming dan menggalakan interaksi antara pengguna. Jom kita muat turun sekarang pada link di bawah!
@gamersantaimy
Discussion about this post