Guilty Gear, siapa tidak tahu, bagi pemain yang memang sukakan genre fighting game sudah pasti francais ini dah menjadi sesuatu yang sering didengari. Kali terakhir hadir dengan Guilty Gear Xrd Rev 2 pada tahun 2017 untuk platform PC dan Konsol. Baru-baru ini, Arc System Works sekali lagi mengumumkan permainan terbaru mereka bagi meneruskan francais mereka iaitu Guilty Gear -Strive- !
Menawarkan tahap tindakan luar biasa pada pemain, Guilty Gear selalu dibina berdasarkan kepercayaan bahawa menjadi yang paling tertarik dan paling menarik yang membuatnya sentiasa menonjol. Arc System Works telah menjadi raja untuk adegan fighting game 2D dan juga dibawa pada permainan Guilty Gear terakhir, Guilty Gear Xrd. Walaupun merupakan sebahagian daripada francais bertingkat, penggunaan Unreal Engine 3 oleh Xrd untuk mencipta visual celemik sinematiknya yang indah menetapkan nada untuk semua hasil karya Arc System Works.
Baru awal bulan yang lalu kami turut mengongsikan bahawa permainan ini akan dikeluarkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia, siapa sangka Closed Beta permainan ini telah dibuka hujung minggu lalu dan kami salah seorang yang dapat mencubanya!
Walaupun masa yang terhad untuk mencubanya dan beta hanya dibuka lebih pada permainan dalam talian. Sempat lah kami mencuba untuk memenangi pemain lain dari terus kalah. Jadi tanpa lengahkan masa, jom kita mulakan review untuk Guilty Gear -Strive-!
Awal permainan~
Disebabkan beta kami tidaklah dapat mencuba terlalu banyak, di menu utama pun kebanyakkanya masih lagi dalam pembangunan “In Development“. Satu-satunya peluang kami adalah bermain atas talian dan menentang pemain lain. Masuk sahaja pemilihan lobi, kami dapat memilih diantara server mana untuk masuk, beberapa pilihan dibuka seperti Jepun, Korea, Asia Tenggara, USA dan beberapa lagi. Masuk sahaja pada pilihan tersebut, kami dapat kustom watak avatar versi Pixel sebelum berada dalam lobi server.
Kami pilih lah rupa, baju, seluar, topi, kasut semua adalah! Ikut citarasa pemain sendiri. Lobi multiplayer online ini turut nampak pixelated, dan mungkin pada yang tidak pernah bermain Guilty Gear pasti merasakan ianya adalah permainan pixelated, walaupun kebenarannya bukan.
Okay, lepas sahaja selesai. Kami diajar bagaimana berhubung dengan pemain rawak yang lain untuk memulakan matching. Tapi disebabkan ini adalah beta, pemain memang senang ditemui terutama di server Jepun dan USA, tetapi talian sering terputus secara tiba-tiba dan tidak dapat meneruskan kesinambungan perlawanan atau matching.
Tetapi untuk pertama kali sebelum perlawanan, kami dibenarkan memilih watak-watak hero yang ada dalam permainan ini. Setiap watak diasingkan dan mempunyai kelebihan tersendiri, itu termasuk (Balance, Speed, Power dan Tricky). Untuk beta ini, watak pratagonis yang dibuka tidaklah terlalu banyak, 7 antaranya: (SOL BADGUY, KY KISKE, CHIPP ZANUFF, MAY, POTEMKIN, AXL LOW dan FAUST).
Maka aksi pun bermula!
Pada mula-mula kami agak menggelabah sikit sebab tidak pasti tetapan untuk bermainnya, kerana tiada butang tetapan ketika perlawanan. Memang segala aksi main lebur! Tapi, tidak perlu risau pun, lepas sahaja perlawanan pertama selesai, kami dapat melihat semula cara kawalan bagi setiap watak dengan menekan butang Option.
Pastikan sebelum bersedia untuk cari lawan yang baru, pemain haruslah memilih watak terdahulu. Sebab apabila pemilihan rawak menerima sebarang perlawanan atau kita yang menjemput lawan lain ketika di lobi itu, hero yand sedia ada tidak boleh dipilih semula seperti fighting game yang lain, sebaliknya permainan akan terus menunggu kita untuk “Ready” atau memulakan perlawanan.
Pengawalan sememangnya agak mudah, untuk penggerakan 100% menggunakan Joystick pada konsol anda. Manakala untuk serangan sama ada mengawal dengan joystick dengan butang Pangkah, Petak, Bulat dan Tigasegi atau ada juga watak yang harus kita menekan Joystick untuk kombo (Special Attacks).
Pemain juga tidak perlu risau jika kawalan butang Dualshock tidak menepati citarasa jari anda, semua butang boleh diubah suai tetapannya kecuali Joystick yang memang telah tetap. Jadi anda tukarlah mengikut kepuasan hati anda.
Perubahan ketara setakat ini dari Guilty Gear yang lalu adalah Gatlings, yang merupakan sistem kombo Guilty Gear. Permainan sebelumnya menekankan pentingnya mengikat serangan dari membatalkan serangan biasa, tetapi Strive nampaknya tidak menekankan ini, membatasi potensi Tumbukan dan Tendangan sebagai titik permulaan dan menghilangkan banyak kelancaran yang diketahui oleh Guilty Gear.
Kami dapat rasakan akan ada lebih banyak kombo yang mungkin akan hadir kelak selepas pelancaran atau beta yang mana tahu akan ada selepas ini. Seperti pemain fighting games tahu, MK 11, Dragon Ball Fighter Z memberikan pelbagai kombinasi kombo pada pemain. Jadi sistem seperti Gatling ini mungkin akan menjadi sedikit lebih sukar pada pemain baru terutamanya.
Cara watak-watak ini serang memang agak comel. Macam yang kita tahu ianya adalah ibarat generasi turun menurun francais Guilty Gear! Seperti May, sangat comel dengan mengeluarkan Ikan pausnya bersama serangan ombak pada musuh sebagai kombo dan juga serangan kuat dengan mengetuk sauhnya; Faust pula siap mengeluarkan bom, pisang juga Rambut Afro untuk seranganya! Juga Potemkin ada serangan ibarat WWE gais! Memang tidak bosan lah ketika berlawan!
Visual dan Grafik? Pelbagai warna memang tak bosan lah!
Permainan ini sememangnya mempunyai visual yang menarik untuk sebilangan besar pemain dan ianya mengikuti legasi Xrd dan Dragon Ball FighterZ. Dengan menggunakan Unreal Engine 4, pengenalan dan pengakhiran animasi dari setiap penampilannya seolah-olah mereka diambil secara langsung dari anime! Dengan permulaan permainan akan keluar ayat “Let’s Rock” yang berbeza dari permainan fighting dulu-dulu yang lebih menggunakan “Battle Begins”, manakala pengakhiran permainan akan keluar ayat “SLASH!”
Semua stage juga nampak luar biasa, menawarkan pemandangan yang luas untuk melancarkan serangan dan itu termasuk sepeti di atas kapal, padang pasir, juga hutan. Tapi untuk permainan multiplayer ini stage tidak dapat dipilih sebaliknya ianya adalah random!
Setiap aksi serangan yang diberikan turut memberi impak visual yang menarik! Terutama pada kombo yang diturunkan. Bukan itu sahaja, Counter dan Defense turut adak visual yang menarik. Yang tidak menariknya adalah masalah server bahawa permainan tiba-tiba diberhentikan akibat terputus talian tidak kira dari mana pihak yang berlawan. Tapi boleh dimaafkan kerana ini adalah Closed Beta kan.
Juga tidak terlupa pada lobi permainan multiplayer. Nampak comel sangat dengan Pixelated nya! Bahagian atas siap ada Bar sebaliknya di bar tersebut kita boleh gunakan ibarat butang Option yang menyatakan pasal watak hero. Tingkat kedua lobi juga terdapat satu watak perempuan yang menjaga “Closet” pemain, jadi kami boleh menukar avatar kami bila-bila masa sahaja disitu. Penyambut tetamu dibawah pula akan mengajar beberapa tutorial didalam lobi multiplayer.
Kesimpulannya~
Disebabkan ini hanyalah ujian Closed Beta sahaja, kami tidak boleh memberi kesimpulan sepenuhya, nanti dah ada full game kami akan kongsikan sekali lagi review kami. Tapi buat masa ini, segala kawalan, aksi, kombo, tetapan, visual dan grafik kami memang memuji Arc System Works kerana memberi permainan yang membanggakan! Pulak kami ini memang hantu anime, memang seronok bermain Guity Gear, tidak kiralah guna AXL ke May ke semuanya ada kelebihan masing-masing dan skil yang perlu digunakan adalah membaca penggerakan walaupun perlawanan berlalu begitu cepat.
Tak sabar pula nak cuba full game! Apa-apapun, nantikan Guilty Gear -Strive- akan datang ke platform PlayStation 4 anda tahun ini!
@gamersantaimy
The Review
Guilty Gear -Strive- Closed Beta
Untuk Closed Beta ini kami masih berpas hati kerana keseronokan serangan watak-watak memang menarik!
PROS
- Efek, Visual dan Warna yang tidak membosankan
- Sistem pengawalan yang agak senang difahami
- Kualiti dan pemodelan watak memuaskan terutama pada peminat anime
- Seperti biasa, lagu tidak membosankan lansung!
CONS
- Bergelut dengan masalah server
- Masih kekurangan watak hero
Discussion about this post