Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Evil Dead Rise Dedahkan Dua Versi Trailer Rasmi! Penuh Adegan Ngeri Dan Gore!

Maira by Maira
January 5, 2023
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Evil Dead Rise Dedahkan Dua Versi Trailer Rasmi! Penuh Adegan Ngeri Dan Gore!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pendedahan teaser dan poster semalam, Warner Bros. Pictures telah melepaskan trailer rasmi untuk filem Evil Dead Rise hari ini! Entri terbaru untuk francais Evil Dead ini membawa kita melihat lebih dekat mengenai sebuah keluarga yang kini menghadapi masalah apabila dihantui oleh Deadite.

Kalau teaser sahaja sudah cukup seram, trailer penuhnya memberikan gambaran mengerikan tentang apa yang akan terjadi dalam filem tersebut. Padanlah ada amaran Youtube kerana adegan-adegan yang ditunjukkan agak gore. Bukan selalu kita nampak watak gunakan pemarut keju untuk menyeksa watak lain.

Lebih menarik sekali, terdapat beberapa easter egg filem terdahulu francais yang boleh dijumpai dalam trailer ini. Antaranya ialah tasik tempat di mana kerasukan pertama berlaku. Jadi kita mungkin akan melihat kabin lama yang muncul dalam filem “The Evil Dead.” Buku yang ditunjukkan juga mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan “Book of the Dead” yang sering dilihat dalam francais. Buku inilah yang boleh mengawal deadite serta menyeru demon.

Evil Dead Rise

Seperti yang didedahkan, Evil Dead Rise menceritakan tentang Beth yang melawat kakaknya Ellie, setelah lama tidak berjumpa. Kakaknya itu kini menjaga tiga anaknya berseorangan di sebuah apartment di L.A. Pertemuan tersebut nampaknya mengundang kepada perkara lain apabila sebuah buku misteri telah dijumpai dalam bangunan apartment tersebut, yang telah membangkitkan demon jahat. Kini Beth dalam usaha untuk bertahan ketika dia berhadapan dengan mimpi ngeri ini.

Evil Dead Rise

Filem ini dijadualkan untuk pelepasan umum pada April 2023. Tarikh tetap masih belum diumumkan untuk Malaysia. Apa pun kita tunggu trailer rasmi keluar dulu. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Evil Dead RisetrailerWarner Bros. Pictures
Previous Post

Black Panther: Wakanda Forever boleh ditonton melalui Disney+ mulai 1 Februari!

Next Post

Menjelang 10 tahun bersama The Last of Us, dedah konsep seni projek multiplayer baru!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Menjelang 10 tahun bersama The Last of Us, dedah konsep seni projek multiplayer baru!

Menjelang 10 tahun bersama The Last of Us, dedah konsep seni projek multiplayer baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd