Selepas PUBG umumkan Event Pass pertama diorang untuk PC dengan map baru Sanhok, gamers dan peminat game ni menyampah gila. Diorang ni nak tiru macam Fortnite punya Battle Pass. Pastu kena bayar $10.
Peminat PUBG label mende ni sebagai satu ketamakan. Seorang pemainnya Ford117 dah komen kat reddit, yang dia cakap PUBG dapat income $730 juta, tapi masih belum optimized, banyak orang main cheat. Dan lepas mintak orang bayar $30 untuk game ni, skang nak buat pass $10 plak.
Kalau kat twitter memang bersepah la gamers yang frust pasal ni. Skang ni pun PUBG macam susah nak maintain share diorang dalam market, terutama skali lepas kemunculan Fortnite.
Tapi berdasarkan nombor terkini dari PUBG, game ni dah mencapai 400 juta pengguna berdaftar kat PC, Xbox dan mobile. Dalam sehari pulak ada 87 juta orang main.
@gamersantaimy
Discussion about this post