CEO Epic Games, Tim Sweeney telah menyatakan syarikatnya akan menghentikan pengeluaran games ekslusif untuk Epic Games Store sekiranya Valve; iaitu syarikat di belakang Steam, sekurang-kurangnya menyamai apa yang dipraktikkan di Epic dari segi pembahagian pendapatan yang dijanakan daripada sesuatu game kepada pembangun dan penerbitnya.
That’s a loaded question! But Epic will stay the course. 30% store dominance is the #1 problem for PC developers, publishers, and everyone who relies on those businesses for their livelihood. We’re determined to fix it and this is the one approach that will effect major change.
— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) April 24, 2019
Sweeney mengatakan pendatapatan 30% di Steam adalah punca utama yang mendatangkan masalah kepada pembangun dari PC dan penerbit game. Sweeney juga mengatakan sekiranya Steam komited untuk memberikan 88% pembahagian pendapat kepada semua penerbit dan pembangun, Epic akan menghentikan langkah pengeluaran games ekslusif (tetapi komitmen partner akan dijaga) disamping akan mempertimbangkan untuk meletakkan games mereka sendiri di Steam.
Sekiranya menjadi kenyataan, Sweeney mengatakan ia akan menjadi satu saat yang bersejarah dalam dunia PC gaming dan akan memberikan kesan yang mendalam kepada platform lain sekali.
Epic sebelum ini telah melancarkan Epic Games Store pada Disember lepas dan mereka menawarkan pembahagian pendapatan yang sangat menarik berbanding Steam dimana mereka hanya mengambil 12% sahaja daripada hasil jualan sesuatu game. Sebelum Epic Games Store dilancarkan, pihak Steam telah mengubah sedikit model mereka untuk kondisi tertentu; iaitu kurang 5% kepada 25% untuk game yang dijual lebih daripada USD$10 juta dan 20% untuk game yang dijual sebanyak USD$50 juta. Tetapi terdapat golongan gamers yang tidak berapa menggemari kaedah Epic untuk bersaing dengan Steam.
If Steam committed to a permanent 88% revenue share for all developers and publishers without major strings attached, Epic would hastily organize a retreat from exclusives (while honoring our partner commitments) and consider putting our own games on Steam.
— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) April 25, 2019
Sungguhpun Epic memiliki pembahagian pendapatan yang menarik, tetapi ianya masih lagi kurang dari segi feature di mana ramai pengguna Steam telah membiasakan diri sepanjang 15 tahun kewujudannya. Tetapi Epic Games Store semakin hari semakin menghampiri Steam.
Pihak Polygon telah menghubungi Valve untuk mendapat ulas balas berkenaan kenyataan Sweeney.
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post