Bandai Namco dan pembangun FromSoftware telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi update yang amat dinantikan untuk Elden Ring Nightreign. Mod Two Player, yang diberi nama rasmi “Duo Expeditions”, akan tiba pada 30 Julai ini.
Update versi 1.02 ini bukan sahaja memperkenalkan mod co-op khusus untuk dua pemain sebagai jawapan kepada permintaan utama komuniti, tetapi turut membawakan beberapa penambahbaikan kualiti hidup (QoL) yang penting.
Sejak dilancarkan, game ini hanya menyokong mod solo dan “Trio Expeditions” untuk tiga pemain. Ketiadaan pilihan untuk bermain secara berdua sering menjadi kritikan utama, kerana pemain yang ingin berganding bahu dengan seorang rakan terpaksa bermain solo atau mencari pemain rawak untuk melengkapkan trio.

Tarikan utama kemas kini 30 Julai ini, Duo Expeditions, direka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mod baharu ini membolehkan dua Nightfarer memulakan Expeditions tanpa memerlukan pemain ketiga.
Bagi memastikan pengalaman yang mencabar dan adil, FromSoftware telah mengimbangi semula corak gameplay khusus untuk kumpulan dua pemain, dengan melaraskan nyawa musuh, corak serangan bos, output damage pemain, dan perolehan XP agar bersesuaian dengan saiz pasukan yang lebih kecil.

Di samping mod co-op baharu, update 1.02 ini turut menyertakan beberapa ciri penting lain. Antaranya ialah penambahbaikan kualiti hidup pada UI, khususnya fungsi tapisan (filter) yang lebih canggih untuk Relics.
Ciri ini akan membolehkan para Nightfarer menyusun atur item mereka mengikut statistik seperti Strength, Dexterity, dan Attack Power, sekali gus memudahkan proses mengoptimumkan build watak dengan lebih pantas.

Bagi yang berminat Elden Ring Nightreign boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan juga PC (melalui Steam). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.









Discussion about this post