Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EKSKLUSIF: CEO COVER Corp, Motoaki Tanigo (YAGOO), Kongsi Masa Depan VTuber, Perkembangan Global, & Membina Komuniti

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 19, 2025
in Artikel, Berita, Eksklusif, Temuramah, Vtuber
0 0
0
EKSKLUSIF: CEO COVER Corp, Motoaki Tanigo (YAGOO), Kongsi Masa Depan VTuber, Perkembangan Global, & Membina Komuniti
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia hiburan digital yang berkembang pesat, Virtual YouTuber atau lebih dikenali sebagai VTuber telah mencipta fenomena unik yang menggabungkan budaya anime dengan penstriman langsung. Baru-baru ini, kami berpeluang mengadakan temu bual eksklusif bersama Motoaki Tanigo, atau lebih dikenali sebagai YAGOO, CEO COVER Corp—syarikat di sebalik kejayaan besar Hololive Production.

Kredit: COVER Corp.

Sebagai salah seorang perintis industri VTuber sejak hampir lapan tahun lalu, YAGOO berkongsi pandangan mengenai pertumbuhan luar biasa fenomena ini, keadaannya sekarang, dan masa depan yang penuh potensi.

Membuka Peluang Kepada Semua untuk Menjadi Bintang Digital

Salah satu aspek paling revolusi bagi VTuber, menurut YAGOO, adalah bagaimana ia menjadikan dunia hiburan digital lebih mudah diakses oleh sesiapa sahaja.

“Dengan VTuber, seseorang boleh menjadi bakat tanpa perlu menunjukkan wajah mereka. Jadi, tanpa mengira kewarganegaraan atau umur, sistem ini membantu individu muda yang berbakat dan bermotivasi untuk mengejar impian mereka menjadi bintang,” jelas YAGOO.

Kredit: COVER Corp.

Kemudahan ini telah membuka peluang kepada ramai individu berbakat yang mungkin sukar menempa kejayaan dalam industri hiburan tradisional. YAGOO turut menekankan bahawa “VTubing” menjadi laluan alternatif yang amat bernilai dalam industri yang sangat kompetitif:

“Di Jepun, menjadi pelakon suara bukanlah perkara mudah kerana ramai pelakon terkenal sudah membintangi pelbagai watak ikonik. Ia sama seperti cabaran yang dihadapi artis K-Pop di Korea. Tetapi dengan VTuber, seseorang boleh beraksi seperti pelakon suara atau menyanyi seperti idola K-Pop tanpa perlu mendedahkan wajah mereka.”

Persoalan VTuber AI

Dengan kemajuan kecerdasan buatan (AI), timbul persoalan mengenai persaingan antara VTuber yang dikendalikan manusia dan watak maya yang sepenuhnya dikuasakan oleh AI. YAGOO dengan jelas membezakan kedua-dua model ini.

“Saya tidak fikir VTuber AI boleh menggantikan model perniagaan VTuber tradisional. Ini kerana peminat VTuber tradisional menyokong mereka untuk mencapai impian. Tetapi bagi VTuber AI, mereka tidak benar-benar mempunyai impian, jadi saya rasa peminatnya juga tidak akan sama,” katanya dengan yakin.

Sebaliknya, YAGOO melihat VTuber AI memainkan peranan berbeza dalam ekosistem digital: “Saya rasa VTuber AI lebih sesuai sebagai watak NPC dalam game atau chatbot yang boleh berinteraksi dengan pengguna.”

Evolusi Agensi dan Cabaran Mengekalkan Bakat

Seiring dengan perkembangan industri VTuber, agensi menghadapi cabaran berkaitan dengan pengunduran atau “graduasi” bakat. Namun, YAGOO melihatnya sebagai sebahagian daripada evolusi semula jadi industri ini.

“Saya rasa trend ini menunjukkan bahawa perniagaan VTuber oleh individu kini menjadi sesuatu yang lebih meluas. Ini sebenarnya perkembangan yang baik kerana ia membuktikan bahawa model VTuber telah berjaya menembusi dunia hiburan,” katanya.

Untuk terus relevan, YAGOO menekankan bahawa agensi perlu memberikan nilai tambah kepada para talent: “Agensi harus menawarkan kelebihan yang membuatkan bakat ingin bekerjasama dengan mereka. Sebagai contoh, kami boleh menganjurkan konsert berskala besar dan banyak lagi.”

Kredit: COVER Corp.

Mengenai pengambilan bakat, beliau menegaskan kepentingan membina hubungan jangka panjang: “Kami perlu mempunyai perspektif jangka panjang kerana apabila seorang talent memilih untuk bekerjasama atau bernaung di bawah agensi, perkara yang paling penting ialah sama ada kami boleh menjadi rakan kongsi yang dipercayai.”

Lonjakan Populariti VTuber

Apabila ditanya mengapa semakin ramai penonton memilih VTuber berbanding streamer tradisional, YAGOO menjelaskan bahawa populariti budaya anime yang semakin berkembang di peringkat global memainkan peranan besar.

“Salah satu faktornya ialah peningkatan jumlah peminat anime Jepun di seluruh dunia. Dalam tempoh 10 tahun terakhir, pasaran anime Jepun telah berkembang pesat di luar negara. Terutama dalam kalangan Gen Z, yang merupakan penonton utama anime dan sering menggunakan YouTube. Jadi, saya rasa mereka lebih serasi dengan budaya VTuber,” jelasnya.

Kredit: COVER Corp.

Pandemik COVID-19 juga mempercepatkan penerimaan VTuber secara meluas: “Semasa pandemik, ramai yang mencari cara untuk berhubung antara satu sama lain. Dan saya rasa industri VTuber turut mendapat manfaat daripada keadaan itu.”

“VTuber berbeza dengan anime kerana mereka melakukan siaran langsung di YouTube dan Twitch, di mana mereka boleh berinteraksi secara langsung dengan peminat, dan peminat pula boleh berkomunikasi sesama mereka jika mereka meminati VTuber yang sama… Saya rasa aspek ini sangat penting bagi mereka,” tambah YAGOO.

Strategi Platform dan Kolaborasi Jenama

Walaupun Hololive mempunyai kehadiran yang kuat di YouTube, YAGOO tidak melihatnya sebagai risiko besar. “Kami tidak menganggap ini sebagai risiko utama kerana walaupun nampaknya kami lebih menumpukan pada satu platform, sebenarnya kami juga mempunyai akaun di YouTube, X, Spotify, dan sebagainya. Jadi, jika satu platform tidak lagi memenuhi keperluan kami, kami boleh mengalihkan pengguna ke platform lain.”

Kredit: COVER Corp.

Bagi kolaborasi dengan jenama, YAGOO mengakui bahawa sesetengah syarikat masih sukar memahami sifat dwi-fungsi VTuber:

“VTuber mempunyai dua ciri utama. Satu, mereka adalah watak IP (Intellectual Property), dan kedua, mereka adalah influencer. Namun, ramai yang lebih menumpukan pada aspek IP dan menganggap VTuber seperti syarikat penerbit anime.”

Untuk mengatasi kekeliruan ini, COVER Corp mengambil pendekatan pendidikan: “Kami cuba memperkenalkan contoh kejayaan dari Jepun dan negara lain. Selain itu, kami juga membawakan contoh dari industri yang serupa dengan bakal rakan kolaborasi kami.”

Salah satu contoh kejayaan yang menonjol ialah kerjasama dengan pasukan besbol Los Angeles Dodgers:

“Dalam kolaborasi ini, kami berjaya membawa peminat Hololive ke stadium besbol. Ini membuktikan bahawa VTuber boleh digunakan sebagai medium pemasaran untuk pasukan besbol lain serta sukan lain. Saya yakin kolaborasi seperti ini akan terus berkembang pada masa hadapan,” kata YAGOO.

Kredit: COVER Corp.

Menurutnya, jenama yang paling mendapat manfaat daripada kolaborasi dengan VTuber adalah mereka yang boleh memanfaatkan kedua-dua aspek IP dan influencer:

“Antaranya adalah jenama dari industri gaming, taman hiburan, kelab besbol, restoran, mercu tanda terkenal—pendek kata, kami boleh menghantar peminat dan pelanggan ke produk kolaborasi ini, serta menyediakan barangan digital atau fizikal untuk mereka nikmati.”

Masa Depan VTuber: Teknologi dan Perkembangan Global

Melihat ke hadapan, YAGOO yakin bahawa kemajuan teknologi akan menjadi pemacu utama dalam evolusi dunia VTuber.

“Terdapat perkembangan dalam teknologi motion tracking. Malah dengan kamera biasa, kini terdapat solusi yang mampu memberikan penjejakan pergerakan yang sangat tepat. Jika teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan baik, mungkin kita boleh melakukan penjejakan seluruh badan untuk siaran langsung dari rumah,” jelasnya.

Kredit: COVER Corp.

Namun, inovasi yang lebih berpotensi merevolusikan industri ini ialah penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk terjemahan masa nyata:

“Saya juga boleh bayangkan satu teknologi yang membolehkan terjemahan masa nyata ke bahasa lain… Bukan sekadar meletakkan sari kata, tetapi lebih kepada menukar suara asal seseorang ke bahasa lain sambil mengekalkan nada dan gaya pertuturannya sendiri.”

Kredit: COVER Corp.

Keupayaan terjemahan seperti ini boleh mempercepatkan lagi pertumbuhan global, melengkapkan strategi lokalisasi COVER Corp yang sedia ada:

“Kami telah merekrut bakat VTuber dari pelbagai negara, di mana mereka membuat siaran langsung dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Contohnya, kami mempunyai VTuber dari Indonesia dan beberapa negara berbahasa Inggeris.”

Holoearth dan Inisiatif Penyelidikan & Pembangunan

Apabila ditanya mengenai projek dunia maya COVER Corp, Holoearth, YAGOO memberikan sedikit kemas kini:

“Projek ini masih dalam pembangunan dengan matlamat untuk pelancaran rasmi. Kami telah memperluaskan kawasan yang boleh dimainkan secara beransur-ansur, tetapi akan ada lebih banyak ciri dan fungsi yang akan ditambah.”

Kredit: COVER Corp.

Mengenai kemungkinan industri VTuber menjadi statik atau kurang berkembang, YAGOO tetap optimis:

“Kami yakin dengan arah masa depan kerana teknologi XR, VR, dan AR akan terus berkembang. Selain itu, kandungan dalam talian berasaskan 3D juga semakin meluas, termasuk Holoearth, serta platform lain seperti Roblox dan Fortnite. Semua ini adalah persekitaran yang sangat sesuai untuk VTuber.”

Walaupun begitu, beliau mengakui bahawa inovasi berterusan adalah kunci kejayaan jangka panjang:

“Kami sedar bahawa kami perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dan trend semasa. Oleh itu, kami memberi fokus yang besar kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami.”

Membina Komuniti: Hubungan Dalam Talian dan Luar Talian

Salah satu aspek terpenting dalam visi COVER Corp ialah bagaimana YAGOO menekankan kepentingan membina komuniti yang merangkumi dunia digital dan fizikal.

“Bagi VTuber, memang mereka melakukan siaran langsung di YouTube, tetapi itu bukan satu-satunya cara peminat boleh berinteraksi dengan mereka. Mereka juga boleh menghadiri konsert secara langsung, mengunjungi kedai pop-up, atau pergi ke stadium jika ada kolaborasi. Saya rasa peluang-peluang luar talian seperti ini sangat penting,” jelasnya.

Kredit: COVER Corp.

Pendekatan membina komuniti ini turut diperluaskan ke peringkat global:

“Di Amerika Syarikat, kami kini mengadakan kedai pop-up di L.A., di The Beverly Center sehingga 27 Februari. Selain itu, konsert Mori Calliope akan berlangsung bulan ini di The Hollywood Palladium, L.A., pada 26 Februari. Pintu akan dibuka pada jam 6 petang waktu Pasifik. Kami juga ingin terus meneroka peluang serupa di negara lain untuk memperluaskan pengalaman ini.”

Kredit: COVER Corp.

YAGOO mengakhiri perbincangan dengan salah satu perkara paling penting yang telah dipelajari dalam industri VTubing:

“Dalam perniagaan VTuber, adalah sangat penting untuk menyediakan peluang interaksi dalam talian dan luar talian kepada komuniti peminat. Itulah sebabnya kami turut memperkenalkan aplikasi komuniti peminat, Holo Plus, serta perkhidmatan permainan kad koleksi. Ia bukan semata-mata untuk menjana keuntungan, tetapi lebih kepada menyediakan ruang untuk peminat berinteraksi antara satu sama lain.”

Untuk maklumat lanjut tentang hololive, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifhololiveinterviuMotoaki TanigoVTuberYAGOO
ShareTweetSend
Previous Post

The Hundred Line -Last Defense Academy- Mulakan Demo “Prologue” Hari Ini!

Next Post

Visual Kekal Tajam Walaupun Saiz 100″ – Pengalaman Bermain Monster Hunter Wilds di TV Gaming Toshiba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Next Post
Visual Kekal Tajam Walaupun Saiz 100″ – Pengalaman Bermain Monster Hunter Wilds di TV Gaming Toshiba!

Visual Kekal Tajam Walaupun Saiz 100" – Pengalaman Bermain Monster Hunter Wilds di TV Gaming Toshiba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd