Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali: Kenali CERO, Musuh Misteri M.A.T.A!

Maira by Maira
February 10, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Tinjauan & analisis
0 0
0
Ejen Ali: Kenali CERO, Musuh Misteri M.A.T.A!
Share on FacebookShare on Twitter

Ejen Ali musim 3 telah tamat pada Januari lalu dengan pemenang MATA Arena telah diumumkan serta pendedahan baru yang membuatkan ramai peminat teruja. Tetapi siri tersebut masih lagi tidak menjawab persoalan mengenai identiti watak yang telah berlegar dalam kalangan peminat. Watak yang kami maksudkan itu ialah Cero, villain utama yang kini diburu oleh ejen Rizwan.

Kita telah diperkenalkan dengan Cero sejak episod pertama siri, di mana dia ingin mencuri I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligent System), tetapi tidak berjaya setelah dihalang oleh Ali yang kebetulan terambil gajet itu. Sejak daripada itu, ahli Numeros berusaha untuk mendapatkan I.R.I.S. daripada organisasi M.A.T.A.

Pada awal siri, rasanya kita semua fikirkan bahawa Cero ini sebenarnya ejen Rizwan. Tetapi semakin siri ini mengembangkan penceritaannya, watak Cero dibina dengan identiti tersendiri yang masih lagi tidak didedahkan. Ingatkan apabila kumpulan Numeros ditumpaskan, masalah telah selesai. Rupa-rupanya tidak. Cero masih lagi menghantui Cyberaya secara senyap tanpa pengetahuan M.A.T.A. Rasanya hanya ejen Rizwan serta ahli Numeros sahaja yang mengenali kewujudannya buat masa ini.

Dalam episod terakhir Ejen Ali musim 3, kita lihat betapa huru-haranya bandar Cyberaya ketika Cinco berjaya mengawal mainframe walaupun dalam tempoh yang singkat. Bayangkan jika Cero berjaya mengawalnya suatu hari nanti. Rasanya bukan setakat Cyberaya sahaja malah bandar dan negara lain mungkin terdedah dalam bahaya.

Selain itu, Cero juga membahasakan dirinya sebagai “kami” dan bukan “saya”. Nampaknya Cero bukanlah kerja bersendirian dan ada orang lain juga yang terlibat. Tidak mustahil jika mereka ini berada di mana-mana sahaja sambil memerhati pergerakan ejen Rizwan dan M.A.T.A. Dia juga pasti akan kembali dengan rancangan yang lebih besar nanti.

Selepas ini Ejen Ali akan hadir dengan filem kedua pula. Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat tentang villain kita ini. Rasanya sudah tiba masanya untuk Wau Animation memperkenalkannya dengan lebih terperinci.

Siri Ejen Ali dan Ejen Ali The Movie boleh ditonton melalui Netflix dan Disney+ Hotstar. Kalau anda ingin menonton musim ketiga, ia hanya tersedia di platform Disney+ Hotstar buat masa ini. Untuk berita lain mengenai Ejen Ali daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: CEROEjen Ali
Previous Post

Update baru Hearthstone: Mercenaries akan tiba 14 Feb – content terakhir buat game!

Next Post

Spider-Man: No Way Home mengungguli carta Top 10 filem paling banyak dicetak rompak 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Spider-Man: No Way Home mengungguli carta Top 10 filem paling banyak dicetak rompak 2022!

Spider-Man: No Way Home mengungguli carta Top 10 filem paling banyak dicetak rompak 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd