Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Echoes of Mana dari siri Legend of Mana akan tiba ke platform mobile pada tahun 2022!

Square Enix turut mengumumkan anime untuk Legend of Mana

Amir Haziq by Amir Haziq
June 28, 2021
in Acara, Android, ARPG, Artikel, Berita, Genre, iOS, JPRG, Mobile, Platform
0 0
0
Echoes of Mana dari siri Legend of Mana akan tiba ke platform mobile pada tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara ulang tahun ke-30 siri Mana malam tadi, Square Enix telah mengumumkan sebuah game baru untuk platform mobile, iaitu Echoes of Mana akan dilancarkan pada tahun 2022. Syarikat Square Enix juga turut mendedahkan beberapa game baru akan tiba untuk platform konsol dan sedang dalam pembangunan. Di acara itu juga, mereka turut mendedahkan trailer untuk Echoes of Mana yang sedang dibangunkan oleh Square Enix dan Wright Flyers Studios.

Trailer pengumuman Echoes of Mana ini lebih memfokuskan kepada mekanik permainan, dan key art di hujung video telah menampilkan watak-watak dari beberapa entri dalam siri Mana, seperti Sword of Mana, Secret of Mana dan Trials of Mana. Pemain juga mungkin akan dapat mengumpul watak kegemaran mereka melalui sistem gacha di platform mobile nanti. Echoes of Mana akan mula dilancarkan di platform mobile untuk pengguna Android dan iOS pada tahun 2022.

Di Echoes of Mana ini, pemain boleh memilih antara dua watak protagonis, iaitu Kilt (lelaki) atau Kilte (perempuan) dan mereka akan bermain di dunia di mana semua manusia telah hilang. Pemain akan dibimbing oleh NPC dan memulakan pengembaraan ke pelbagai dunia memori bagi mencari pedang legenda, supaya dapat memulihkan dunia mereka seperti asal. Semua ilustrasi in-game diinspirasikan dari permainan asal, dan semua watak dari game Mana sebelum ini turut ditampilkan.

Tambahan pula, watak yang tiada suara sebelum ini seperti Amanda juga akan muncul dalam Echoes of Mana. Pemain juga dimaklumkan bahawa semasa pertarungan, mereka boleh membuat party dengan tiga watak game dan bebas untuk menukar mereka ketika berlawan. Game ini sangat mudah untuk dimainkan nanti kerana ia mensasarkan nilai sistem pertempuran yang sesuai dengan siri Mana.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan berita gembira untuk peminat siri Legend of Mana, dimana siri ini sedang dalam pembikinan anime bertajuk Legend of Mana: The Teardrop Crystal yang dihasilkan oleh Warner Bros. Japan. Anime ini akan dikendalikan oleh Graphinica dan Yokohama Animation Laboratory, serta anda boleh key art mereka disini.

Buat masa ini, tiada maklumat lebih terperinci diumumkan oleh Square Enix mengenai siri game Mana yang akan dilancarkan untuk konsol. Malah, mereka juga tidak memberi tarikh tepat untuk pelancaran Echoes of Mana yang akan tiba di mobile tahun depan. Jadi kita perlu tunggu pengumuman lanjut dari Square Enix. Untuk membaca liputan kami berkaitan Legend of Mana, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Tags: Echoes of ManaLegend of Mana 30th AnniversaryMobilesquare enix
Previous Post

Legend of Mana: The Teardrop Crystal akan diadaptasi dalam anime, Akan datang!

Next Post

Chainsaw Man mengeluarkan trailer pertama untuk adaptasi anime!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Chainsaw Man mengeluarkan trailer pertama untuk adaptasi anime!

Chainsaw Man mengeluarkan trailer pertama untuk adaptasi anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd