Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man mengeluarkan trailer pertama untuk adaptasi anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2021 - Updated on October 1, 2021
in Anime
0 0
0
Chainsaw Man mengeluarkan trailer pertama untuk adaptasi anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai peminat menunggu berita tentang Chainsaw Man sejak adaptasi anime-nya pertama kali diumumkan dan setelah sekian lama menunggu, akhirnya pasukan animasi di sebalik anime tersebut telah memberikan pandangan pertama bagi trailer debut. Trailer ini dikeluarkan oleh MAPPA di mana mereka mengadakan perhimpunan khas untuk meraikan siri-siri akan datang termasuk Chainsaw Man dan Attack on Titan. Mari kita tonton video pertama untuk anime Chainsaw Man:

Sekiranya anda tidak begitu tahu tentang Chainsaw Man, siri ini dihasilkan oleh Tatsuki Fujimoto yang sebelum ini melukis Fire Punch. Dia menerbitkan Chainsaw Man pada akhir 2018 sebelum menamatkan bahagian pertamanya pada tahun lepas. Buat masa ini, ramai yang masih tidak tahu bila siri akan kembali untuk menyambung bahagian kedua tetapi sekurang-kurangnya kita ada adaptasi anime.

MAPPA mengumumkan rancangan mereka untuk mengadaptasikan manga pada tahun 2020, dan sejak itu, siri Chainsaw Man telah menjadi semakin popular. Hingga bulan Mac 2021, manga ini telah diedarkan sehingga hampir 10 juta salinan, di mana penonton dari seluruh dunia memuji mangaka Fujimoto kerana kisah naratifnya yang gelap. Kini, MAPPA akan menguruskan adaptasi anime, jadi saya harap versi Chainsaw Man ini dapat menepati jangkaan semua.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.

Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – MAPPA

Tags: animeChainsaw ManmangaMAPPAtrailer
Previous Post

Echoes of Mana dari siri Legend of Mana akan tiba ke platform mobile pada tahun 2022!

Next Post

Projek Deep Insanity cross-media didedahkan oleh Square Enix, ianya termasuk Deep Insanity: Asylum!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Next Post
Projek Deep Insanity cross-media didedahkan oleh Square Enix, ianya termasuk Deep Insanity: Asylum!

Projek Deep Insanity cross-media didedahkan oleh Square Enix, ianya termasuk Deep Insanity: Asylum!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd