Dalam satu langkah mengejut, Electronic Arts telah membuang game bola sepak EA Sports FC 24 dari semua platform digital utama tanpa sebarang notis awal.
Judul yang dilancarkan pada 2023 ini merupakan keluaran sulung selepas penjenamaan semula francais EA Sports Football, susulan tamatnya kerjasama pelesenan jangka panjang dengan FIFA.
Kini, game ini tidak lagi boleh dibeli melalui PlayStation Store, Xbox Marketplace, Epic Games Store mahupun Steam, satu langkah yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat memandangkan kekuatan dan populariti francais ini yang masih kukuh.
Sejak sekian lama, permainan bola sepak terbitan EA (sebelum ini dikenali sebagai siri FIFA) telah menjadi antara tajuk utama genre sukan digital. Walaupun jenama FIFA ditinggalkan, EA Sports FC 24 tetap mencatatkan jualan yang memberangsangkan serta sambutan positif daripada pemain.
Namun begitu, langkah EA membuang game ini secara senyap — tanpa sebarang kenyataan rasmi mahupun amaran seperti kebiasaannya — jelas bertentangan dengan pendekatan biasa syarikat tersebut.
Ramai berpendapat kemungkinan besar tindakan ini berpunca daripada tamatnya lesen kandungan tertentu, tetapi kekurangan penjelasan rasmi membuatkan ramai pengguna kecewa dan bingung.

Bagi pemain yang masih berminat untuk bermain EA Sports FC 24, pilihannya kini terhad. Salinan fizikal mungkin masih boleh ditemui melalui kedai tertentu, dan game ini juga masih tersedia dalam perkhidmatan langganan seperti Xbox Game Pass Ultimate dan EA Play, sekurang-kurangnya buat masa ini.
Mod online masih aktif, namun berdasarkan sejarah EA yang kerap menamatkan sokongan server untuk game lama, jangka hayat mod ini mungkin tidak lama lagi. Sebagai rujukan, FIFA 23, tajuk sebelum EA Sports FC 24, akan kehilangan akses onlline pada 12 Disember 2025.
Hal ini berlaku pada masa yang kritikal bagi francais bola sepak EA. Versi terkini, EA Sports FC 25, telah pun berada di pasaran, sementara EA Sports FC 26 akan dilancarkan pada 26 September 2025.
Seperti biasa, sebaik sahaja judul baharu memasuki pasaran, versi sebelumnya akan memasuki fasa pengunduran, termasuk kemungkinan dihentikan jualannya dan penutupan server dalam tempoh setahun, seperti yang kini sedang berlaku kepada EA Sports FC 24.









Discussion about this post