Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[EA Play 21] Dead Space bakal menerima game remake dengan peningkatan grafik dan audio terkini!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 23, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, PS5, Remake, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
[EA Play 21] Dead Space bakal menerima game remake dengan peningkatan grafik dan audio terkini!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts hari ini telah mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan game remake untuk Dead Space bagi platform PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC oleh Motive Studio. Di acara EA Play 2021, mereka telah mendedahkan sebuah video trailer dengan pandangan ringkas di kapal Ishimura yang dibina semula bersama peningkatan visual.

Remake Dead Space ini dibina semula menggunakan enjin dari Frostbite, bersama beberapa pembangun bagi memberikan SSD lebih canggih, audio 3D dan bersesuaian dengan teknologi baru konsol next-gen untuk menghidupkan perjalanan Isaac di USG Ishimura. Motive Studio juga telah bekerjasama rapat dengan peminat dari komuniti Dead Space, membawa beberapa peminat ke peringkat awal produksi bagi memberikan maklum balas mengenai perkembangan dan pemodenan dari game asal.

Bagi mereka yang tidak pernah bermain Dead Space sebelum ini, ia mengisahkan tentang Isaac Clarke, iaitu seorang jurutera yang dihantar untuk membaiki sebuah kapal angkasa besar bernama Ishimura. Namun, ketika dia tiba di kapal angkasa tersebut, Isaac telah menemui nasib yang sama mengganggu kru didalamnya. Sejenis makhluk asing telah mengambil alih tubuh kru kapal dan menjadikannya musuh, yang dikenali sebagai Necromorph. Anda akan bermain sebagai Isaac dan perlu mencari jawapan sebenar kepada kejadian tersebut dan menyelamatkan pasangannya, Nicole yang berada di kapal Ishimura.

Buat masa ini, EA belum mendedahkan lagi tarikh rasmi pelancaran untuk remake Death Space. Namun, kita telah mengetahui bahawa game ini bakal menerima grafik lebih canggih berbanding yang game asal dan audio 3D, sambil mengekalkan keasliannya. Nampaknya kita kena tunggu buat sementara waktu sebelum dapat memainkan game hebat ini dalam pengalaman lebih menakjubkan. Bagi yang ingin membaca segala liputan berkaitan EA Play 2021, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Tags: Dead SpaceEA Play Live 2021Motive StudiosRemake
Previous Post

[EA Play 21] EA melancarkan Battlefield Portal, platform permainan yang dikawal oleh komuniti!

Next Post

Sony menawarkan pengguna PS5 enam bulan langganan percuma Apple TV Plus!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Sony menawarkan pengguna PS5 enam bulan langganan percuma Apple TV Plus!

Sony menawarkan pengguna PS5 enam bulan langganan percuma Apple TV Plus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd