Razer membuat beberapa pengumuman di E3 2021, termasuk Razer Blade 14 baru dengan pemproses AMD Ryzen 9, dan monitor gaming Raptor 27 bersama pengecas USB-C GaN 130W. Sebelum menghabiskan persidangan, Ketua Pegawai Eksekutif Razer – Min-Liang Tan juga mengumumkan bahawa topeng muka Razer Project Hazel akan mula dijual, bermula pada awal suku keempat tahun ini (anggaran Oktober 2021).
https://www.youtube.com/watch?v=FvWiCclESL8
Topeng muka ini mempunyai fitur pengudaraan dan auto sterilisasi aktif. Selain itu, ia menggunakan penapis yang boleh diganti dan ventilator yang boleh dicas semula serta memiliki reka bentuk lutsinar supaya orang dapat melihat mulut anda bergerak. Ia datang dengan casing pensteril UV yang boleh mengecas topeng secara wayarles.
Lampu LED pada topeng menunjukkan status pengecasan, dan terdapat juga LED dalaman untuk yang menunjukkan mulut dalam keadaan cahaya rendah. Seterusnya, pod ini mempunyai algoritma pemprosesan audio untuk membuatkan suara kita lebih jelas dan semula jadi.
Razer meminta sesiapa yang berminat untuk mendaftar di laman web ini untuk pra-pesan. Sesiapa yang cepat akan mendapatkan topeng muka ini pada tarikh yang ditetapkan, tetapi harus diperhatikan bahawa jumlah topeng muka Razer Project Hazel adalah terhad. Sekiranya anda ingin melihat bagaimana rupa Project Hazel di wajah anda, Razer mempunyai filter AR Instagram. Anda boleh tekan di SINI untuk mencubanya.
https://twitter.com/Razer/status/1385971794226520068
@gamersantaimy
Discussion about this post