Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Pokopia – Update Percuma Version 2.0 & Tiga DLC Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2026
in Artikel, Berita, DLC, Nintendo Switch 2, Sandbox
0 0
0
Pokémon Pokopia – Update Percuma Version 2.0 & Tiga DLC Baru
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokémon Company, Game Freak, dan Koei Tecmo telah mengumumkan kemas kini Version 2.0 percuma bersama dengan Expansion Pass berbayar tiga bahagian untuk game Pokémon Pokopia. Kedua-duanya akan mula dilancarkan pada Ogos 2026.

Dilancarkan pada Mac 2026 untuk Nintendo Switch 2, Pokémon Pokopia dibangunkan bersama oleh Game Freak dan studio Omega Force milik Koei Tecmo, dan meletakkan pemain dalam peranan seekor Ditto yang telah bertukar menjadi manusia. Gameplay utama merangkumi membina semula dunia yang tandus menjadi sebuah tamadun yang makmur, menghasilkan habitat, dan berkawan dengan Pokémon liar.

Kemas kini percuma Version 2.0 akan memperkenalkan skill “Dive”. Skill ini membolehkan Ditto menyelam ke dasar laut. Pemain boleh menggunakan Dive untuk menanam flora marin, membina struktur bawah air, dan berinteraksi dengan Pokémon hidupan laut. Untuk mempelajari skill tersebut, pemain mestilah sudah membuka abiliti jumpserta skill “Surf”, dan perlu menyelesaikan request “Raise the environment level!” di kawasan Bleak Beach.

Bagi pemain yang ingin memperluaskan lagi pengalaman sandbox mereka, Expansion Pass berbayar boleh dibeli di Nintendo eShop. Pass ini akan dikeluarkan dalam tiga fasa berasingan:

  • Bahagian 1: Bubbly Basin (Ogos 2026): Dilancarkan bersama kemas kini percuma tersebut, DLC ini membuka sebuah bandar bawah air di mana pemain boleh menemui Pokémon hidupan laut yang baharu: seperti Mudkip, Popplio, dan Corphish. Ia juga memperkenalkan perabot bertemakan laut serta pakaian baharu untuk Ditto.
  • Bahagian 2 (Akhir 2026): Gelombang kedua akan menambah ciri-ciri baharu serta resipi crafting untuk membantu pemain membina bandar mereka.
  • Bahagian 3 (2027): Babak terakhir untuk pass ini akan memperkenalkan sebuah lagi bandar baharu untuk dibina semula dan diterokai.

Before, Ditto couldn’t stay underwater for very long—but by using Dive, Ditto can move about freely in the water! Available to all Pokémon Pokopia players to enjoy in August 2026. 🔗: https://t.co/mfWrkG0rRX pic.twitter.com/b4ojN6nasS

— Pokémon (@Pokemon) June 9, 2026

Pembelian Expansion Pass juga didatangkan dengan ganjaran serta-merta dan jangka panjang. Selepas membeli DLC tersebut, pemain boleh terus menebus resipi dalam game untuk dynamic Ditto print block dan wallpaper menerusi menu “Downloadable Content”. Selain itu, pemain yang membeli pass ini sebelum atau pada 31 Ogos 2027 akan menerima kod menerusi e-mel untuk mendapatkan 30 Pokémetal ingot rare, yang boleh ditebus melalui ciri Mystery Gift di dalam game.

Tags: DLCPokémon Pokopia
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon’s Dogma II Umum Expansion Dark Arisen – Akan Keluar Oktober 2026 Bersama Versi Switch 2

Next Post

Metaphor: ReFantazio Menuju Ke Nintendo Switch 2 – RPG Unik Daripada Pasukan Persona

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Metaphor: ReFantazio Menuju Ke Nintendo Switch 2 – RPG Unik Daripada Pasukan Persona

Metaphor: ReFantazio Menuju Ke Nintendo Switch 2 - RPG Unik Daripada Pasukan Persona

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd