Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Terima Story DLC Baru & Update Percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Terima Story DLC Baru & Update Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah melancarkan kandungan post-launch DLC besar yang pertama untuk RPG turn-based mereka, Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection. Update kali ini membawa DLC berbayar “Additional Side Story: Rudy” serta update percuma yang memperkenalkan “Royal Monsters” ke dalam overworld.

Dalam pembentangan Capcom Spotlight baru-baru ini, produser siri Ryozo Tsujimoto memperkenalkan DLC “Additional Side Story: Rudy.” Kisah ini berfokus kepada Rudy, seekor Royal Felyne yang bertindak sebagai Palico companion setia pemain sepanjang game utama. Walaupun expansion ini meneroka asal-usul serta nenek moyang Rudy, plotnya berubah sekelip mata apabila dia terserempak dengan Navirou: iaitu Felyne companion legenda yang pernah menyelamatkan dunia dalam siri Monster Hunter Stories terdahulu.

Menerusi kisah sampingan ini, Rudy dan Navirou harus bekerjasama untuk menentang musuh yang digeruni, termasuklah Elder Dragon Nergigante dan Deviljho. DLC “Additional Side Story: Rudy” sudah boleh dibeli, manakala pemain yang memiliki Deluxe atau Premium Deluxe Edition boleh terus mengakses kandungan ini serta-merta.

Di samping DLC berbayar tersebut, Capcom turut melancarkan title update khas untuk pemain yang sudah menyelesaikan main campaign Monster Hunter Stories 3. Kemas kini ini membawakan tahap kesukaran yang lebih tinggi bagi pertarungan final boss. Sebaik sahaja pertarungan mencabar ini dimenangi, pemain akan membuka variasi “Royal Monster” untuk hampir setiap raksasa di dalam game , termasuklah Invasive Monsters dan Calamitous Elder Dragons. Raksasa yang jauh lebih kuat ini akan mula berkeliaran di overworld, lantas memberikan cabaran post-game yang sengit buat para pemain.

Permainan ini sedia dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (Steam), dan Nintendo Switch 2. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026

Next Post

Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Misteri ‘Fallen Dragon, Tambahan Slot & Skill Slot & Banyak Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama
Mobile

Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama

June 26, 2026
Silver Palace – Pendaftaran Ujian Beta 2 Kini Dibuka, Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Beta

Silver Palace – Pendaftaran Ujian Beta 2 Kini Dibuka, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

June 26, 2026
Next Post
Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Misteri ‘Fallen Dragon, Tambahan Slot & Skill Slot & Banyak Lagi

Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen - Misteri 'Fallen Dragon, Tambahan Slot & Skill Slot & Banyak Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd