Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest VII Reimagined Lagi Sediakan Demo Percuma Bermula 7 Januari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2026
in Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Quest VII Reimagined Lagi Sediakan Demo Percuma Bermula 7 Januari!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan demo untuk Dragon Quest VII Reimagined, yang akan tersedia untuk dimuat turun pada 7 Januari.

Demo percuma ini akan tersedia di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Switch 2, dan PC; serta menawarkan pandangan awal kepada game tersebut sebelum pelancaran penuhnya bermula 5 Februari 2026.

Semua kemajuan yang dicapai dalam demo akan dibawa ke game penuh, membolehkan pemain meneruskan pengembaraan mereka dengan mudah selepas pelancaran.

Sebagai insentif tambahan, sesiapa sahaja yang bermain demo akan menerima kostum istimewa “Day Off Dress” untuk Maribel, salah seorang watak utama, untuk digunakan dalam versi akhir.

Dragon Quest VII Reimagined ialah remake bagi Dragon Quest VII: Fragments of the Forgotten Past, yang asalnya dikeluarkan pada tahun 2000.

Kisahnya bermula di Pulau Estard, di mana sekumpulan rakan menemui serpihan tablet purba yang membawa mereka ke masa lalu pelbagai pulau, lalu menugaskan mereka untuk mengalahkan kejahatan bagi memulihkan dunia yang telah dilupakan.

Versi baharu memberikan eleman baharu kepada karya klasik tersebut dengan gaya visual buatan tangan yang menjadikan dunia dan wataknya kelihatan seperti diorama.

Selain baik pulih grafik, Reimagined menjanjikan pengalaman yang lebih lancar dan mudah diakses. Pembangun telah mengemas kini rentak penceritaan dan memperkenalkan pelbagai penambahbaikan quality-of-life.

Sistem combat turn-based tradisional juga telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baharu, seperti mekanik “Moonlighting” yang membolehkan watak menggunakan skil daripada dua vocation serentak dan abiliti “Let Loose”.

Tags: DemoDragon Quest VII Reimagined
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Umum Produk Terbaru Di CES 2026, Merangkumi Laptop Gaming & Claw 8 AI+ Glacier Blue Edition!

Next Post

AKIBA LOST – Game Live-Action Di Mana Pemain Perlu Selesaikan Misteri Di Akihabara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
AKIBA LOST – Game Live-Action Di Mana Pemain Perlu Selesaikan Misteri Di Akihabara!

AKIBA LOST - Game Live-Action Di Mana Pemain Perlu Selesaikan Misteri Di Akihabara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd