Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Xenoverse 3 Rasmi Diumumkan, Bakal Dilancarkan Pada 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 20, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball Xenoverse 3 Rasmi Diumumkan, Bakal Dilancarkan Pada 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama pembangun Dimps telah mengesahkan bahawa projek yang sebelum ini dikenali sebagai Dragon Ball New Game Project AGE 1000 adalah sekuel rasmi Dragon Ball Xenoverse 3.

Game ini akan dikeluarkan pada tahun 2027 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam.

Berbeza dengan timeline yang biasa kita lihat sebelum ini, Xenoverse 3 membawa kita ke sebuah era yang benar-benar baharu dalam semesta Dragon Ball. Berlatarkan tahun “AGE 1000”, game ini menampilkan dunia di mana West City telah berkembang menjadi sebuah metropolis yang sangat besar dan moden.

Latar tempat ini menjadi tumpuan kepada jalan cerita yang kali ini penuh dengan watak-watak serba baharu hasil rekaan mendiang Akira Toriyama.

Bandai Namco telah mempamerkan beberapa rekaan watak. Antaranya termasuklah rupa terbaharu untuk watak utama serta seorang watak misteri bernama Brett. Kami juga melihat sekilas Bulma versi masa hadapan, yang nampaknya akan memainkan peranan penting dalam naratif.

Dari segi gameplay, game ini akan menawarkan pengalaman yang lebih luas dan boleh diubah suai (menurut pembangun). Pemain bebas mencipta hero mereka sendiri dan menentukan hala tuju watak tersebut.

Menurut pembangun, jalan cerita kali ini akan berkisar tentang pemain yang menyertai “Great Saiyan Squad”: sebuah kumpulan baharu yang berjuang melindungi keamanan bandar ketika pelbagai kejadian aneh mula melanda West City.

Walaupun sebahagian besar plot masih lagi dirahsiakan, tumpuan kepada elemen ‘exploration’ dan interaksi dalam persekitaran bandar yang luas menunjukkan skala permainan jauh lebih besar berbanding tajuk-tajuk dahulu.

Bandai Namco janji untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai combat dan senarai watak dalam beberapa bulan akan datang.

Tags: Dragon Ball Xenoverse 3
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Hari Pertama Di Anime Fest+ 2026!

Next Post

Dragon Ball: Sparking ZERO Umum Expansion DLC Besar “Super Limit-Breaking NEO!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Dragon Ball: Sparking ZERO Umum Expansion DLC Besar “Super Limit-Breaking NEO!”

Dragon Ball: Sparking ZERO Umum Expansion DLC Besar "Super Limit-Breaking NEO!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd