Dota 2 punya International Battle Pass 2018 dah boleh beli kat Steam, dan terdapat mode baru battle royate yang dipanggil the Underhollow; di mana pemain akan menyertai skuad 3 orang dan akan battle dalam Roshan’s Lair untuk cari “rare cheese” Roshefort.
Harganya Level 1 $USD9.99, Level 75 $USD36.99. Nak beli level plak $USD2.49 untuk 5 level, $USD4.99 untuk 11 level dan $USD9.99 untuk 24 level. Lepas tu kan, 25% daripada duit jualan masuk kat The International 2018 prize pool.
Masa penulisan ni, prize pool ada $USD7,620,804. Wow.
Yearly Battle Pass ni kasi can kat pemain Dota 2 bantu dana multiplayer online battle arena (MOBA), iaitu the International. Beli mende ni, pemain akan dapat DLC macam in-game cosmetics, announcer pack dan mode game baru.
Selain itu, dalam Battle Pass ni terdapat Cavern Crawl, dimana kalau menang games dengan heroes yang ditetapkan akan reward korang dengan set items, bonus Battle Points dan banyak lagi.
Dalam mode Mutation, selain dari unranked, korang akan main dengan modifier game yang random seperti global Rupture dan keupayaan untuk resurrect team mate. Dan, hari-hari berubah modifier ni.
Player reward plak adalah berdasarkan Battle Level; yang bertambah dengan menamatkan objektif Battle Pass atau pun boleh beli level (rich kids will definitely go with this).
The Internationals 2018 akan berlansung kat Vancouver, Kanada pada 20 hingga 25 Ogos.
@gamersantaimy
Discussion about this post