Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dota 2 memperkenalkan hero terbaru mereka, Mars!

Saksikan kehebatan Mars, God of War dan First Son of Heaven.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 7, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Dota 2 memperkenalkan hero terbaru mereka, Mars!
Share on FacebookShare on Twitter

Dota 2 ada hero baru dan korang semua boleh main sebagai dia sekarang! Mars, God of War dan First Son of Heaven telah menyertai Battle of the Ancients!

Mars ialah karakter berciri melee, carry, initiator, disabler dan durable. Beliau telah menghabiskan sepanjang hayatnya berperang dengan niat menakluk dan balas dendam. Akhirnya, telah tiba hari di mana Mars sedar beliau masih tidak puas hati dengan peperangan untuk niat diri sendiri. Dewa itu memutuskan untuk menuntut hak kelahirannya, dan memusnahkan Pantheon of The Old Age. Lantas beliau pun tiba di Battle of The Ancients.

Sumber – Valve

Mars berlawan menggunakan kombo perisai yang hebat dan lembing. Dia menggunakan kedua senjata ini untuk melancarkan abilitinya. Abiliti pertama beliau ialah Spear of Mars. Abiliti ini membolehkan Mars membaling lembing legendanya, sambil membuat damage kepada setiap unit musuh. Pada masa yang sama, jika lembing itu dibaling ke arah hero musuh, musuh tersebut akan di-push back. Tambahan, jika musuh hero itu berdekatan dengan pokok, bangunan atau bukit, mereka akan dipanah sekali pada struktur itu dan terkena stun.

Abiliti kedua Mars ialah God’s Rebuke. Mars akan menghempas musuh di depan menggunakan perisai. Pada masa sama, membuat efek knock-back dan mencederakan musuh dengan critical hit bergantung kepada kekuatan serangan. Bersama efek True Strike, serangan ini menambah bonus base damage ketika mencederakan hero musuh

Sumber – Valve

Abiliti ketiga Mars ialah Bulwark. Mars menggunakan perisainya untuk menghalang sebahagian daripada serang fizikal daripada arah depan atau kiri kanan.

Ability terakhir dan paling sakit dewa perang ini ialah Arena of Blood. Mars menyeru sebuah gelanggang yang dipenuhi pahlawan zombi Ash Legion. Pahlawan ini akan menghalang serangan musuh dan pergerakan. Hero musuh di hujung gelanggang akan diserang oleh lembing yang disusun, sambil mencederakan mereka dan membuat efek knock-back. Ini ialah gameplay skill dan abiliti Mars.

Nampak gaya Mars ni bukan kaleng-kaleng. Kalau nampak macam sesuai dengan playstyle anda, apa kata log on kat Dota dan mula praktis dia sekarang. Ayuh!

Sumber – The Gamer

Tags: battle arenaBattle of the AncientsDota 2marsValve
Previous Post

Microsoft akan mengeluarkan disc-less Xbox One S pada bulan depan!

Next Post

Nintendo membawa VR di Switch dengan kemunculan Labo Kit baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Nintendo membawa VR di Switch dengan kemunculan Labo Kit baru!

Nintendo membawa VR di Switch dengan kemunculan Labo Kit baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd