Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ATLUS mengumumkan Soul Hackers 2, game terbaru dari Shin Megami Tensei

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 22, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
ATLUS mengumumkan Soul Hackers 2, game terbaru dari Shin Megami Tensei
Share on FacebookShare on Twitter

ATLUS (terkenal dengan siri Persona) telah mengumumkan game RPG baru bernama Soul Hackers 2 untuk PlayStation 5, Xbox Series X/S, PlayStation 4, Xbox One dan PC (Steam). Ia akan dilancarkan pada 25 Ogos di Jepun dan 26 Ogos di seluruh dunia.

Berikut ialah sinopsis untuk jalan cerita:

Berlatarkan masa depan di abad ke-21, para “Devil Summoner” hidup di kalangan masyarakat dan menggunakan kuasa supernatural dari “demon”. “Aion,” sejenis makhluk yang mengawasi dunia, mengesan kehancuran dunia pada masa akan datang.

Untuk mengelakkan kehancuran bumi, Ringo dan Figue turun ke dunia manusia untuk melindungi dua orang yang boleh mengelak bencana ini, tetapi kedua-duanya dibunuh. Ringo menggunakan abiliti khas bergelar “Soul Hack” untuk menghidupkan semula dua orang ini. Bersama bantuan Devil Summoner lain, Ringo dan Figue harus membongkarkan misteri supaya masa depan dunia boleh diselamatkan.

Game pertama Devil Summoner: Soul Hackers dikeluarkan di Jepun pada tahun 1996. Walaupun tidak pernah dipasarkan ke luar negara, spin-off bernama Soul Hackers akhirnya diadaptasikan ke konsol Nintendo pada tahun 2013. Bagi mereka yang tidak tahu, game Devil Summoner pertama juga membentuk sebahagian daripada dunia popular Shin Megami Tensei.

Dalam game RPG ini, pemain akan menavigasi di dalam dungeon dan menyelesaikan teka-teki sambil berlawan menggunakan sistem pertempuran “turn-based” tetapi lebih banyak info tentang gameplay akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sekuel ini akan cuba menangkap tema original sambil menambah baik ciri-ciri ikonik. Dengan gaya seni baru, penambahan kepada gameplay dan jalan cerita berdasarkan watak baru, Soul Hackers 2 merupakan titik permulaan yang bagus untuk pemain yang ingin berjinak dengan francais Shin Megami Tensei.

Bagi sesiapa yang prapesan Soul Hackers 2, korang akan menerima item berdasarkan Persona 5. Antaranya:

  • Kostum
    • Phantom Suit (Ringo)
    • Pirate Armor (Arrow)
    • Red Rubber Suit (Milady)
    • Princess Suit (Saizo)
  • Muzik latar belakang
    • “Keeper of Lust”
  • Aksesori
    • Phantom Thief Mask (meningkatkan kadar critical untuk shooting attribute)

Untuk maklumat lanjut tentang Soul Hackers 2 sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: AtlusShin Megami TenseiSoul Hackers 2
Previous Post

Nintendo secara rasmi menyokong Malaysia dengan laman web baru & kedai online

Next Post

Game mobile Digimon ReArise akan tamatkan servis pada April 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game mobile Digimon ReArise akan tamatkan servis pada April 2022

Game mobile Digimon ReArise akan tamatkan servis pada April 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd