Berterima kasih pada laman web Microsoft Store dan Steam juga Resetera, nampaknya Edisi Digital Deluxe telah diumumkan pengeluaran untuk pra-pembelian permainan yang dinantikan ramai peminat iaitu One Piece: Pirate Warriors 4! Dikatakan bahawa dalam Edisi Digital Deluxe ini termasuk permainan penuh bersama Pas Watak (Character Pass) yang termasuk 9 kandungan watak yang boleh dimuat turun serta bonus awal untuk mendapatkan Charlotte Katakuri.
Siri Pirate Warriors berjaya mengadaptasikan kombinasi dari anime asal One Piece yang penuh dengan aksi pahlawan lanun laut yang memberi fenomena di dunia denga menjual lebih dari 4 juta salinan! Berdasarkan konsep “memerangi gerombolan musuh semasa mengembara dengan sekutu yang dipercayai,” pengalaman tindakan ONE PIECE yang mengagumkan diadaptasi terus dari anime!
ONEPIECE: PIRATE WARRIORS 4 adalah evolusi terbaru aksi PIRATE WARRIORS! Berdasarkan konsep “mengalami medan perang ONE PIECE yang sebenar,” bangunan akan terhempas semasa beraksi dan serangan akan membuang asap dan debu, meletakkan anda di tebing dunia ONE PIECE!
Pra-pembelian ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4 juga akan mendapat konten dibawah ini sebagai bonus;
– Kostum Dynasty Warriors Law
– Kostum Dynasty Warriors Hancock
– Vinsmoke Brothers dibuka awal
Buat masa kini One Piece: Pirate Warriors 4 mempunyai 9 kandungan watak, dan dijangka untuk DLC akan datang permainan ini mungkin mencecah sehingga 50 watak! Namun bagaimanapun, sesetengah watak yang pasti akan hadir tidak didahkan secara menyeluruh.
Adakah mungkin 4 watak didalam filem animasi One Piece turut dapat dimainkan kelak?
Tak sabar pula nak bermain dengan pelbagai watak dari One Piece: Pirate Warriors 4 yang dijadualkan hadir 27 Mac 2020 ini akan meberi peminat bermain di hampir keseluruha platform seperti PS 4, Switch, Xbox One, dan PC! Jangan lupa untuk dapatkan pra-pembelian One Piece: Pirate Warriors 4 sekarang!



















Discussion about this post