Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Ketiga Atomic Heart, “Enchantment Under the Sea,” Datang Pada 28 Januari 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2024
in Artikel, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC Ketiga Atomic Heart, “Enchantment Under the Sea,” Datang Pada 28 Januari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia penuh aksi Atomic Heart masih berkembang dengan pelancaran DLC ketiganya, “Enchantment Under the Sea”, yang diumumkan oleh Mundfish Studio dan 4Divinity.

Akan dilancarkan pada 28 Januari 2025, DLC ini menjanjikan kesinambungan cerita, persekitaran baharu menarik, serta ciri-ciri gameplay yang inovatif. Bersama pengumuman ini, sebuah gameplay trailer turut memberikan gambaran tentang bahaya di bawah laut yang menanti pemain.

Kembali ke Facility 3826

Kredit: 4Divinity

Selepas menerokai landskap misteri dalam Limbo pada DLC sebelumnya, “Enchantment Under the Sea” membawa pemain kembali ke Facility 3826, kali ini menyelam ke dalam Neptune Research Center.

DLC ini meneruskan jalan cerita utama Atomic Heart, di mana kesedaran Twins sentiasa menemani P-3 ketika dia menyelidiki Neptune Research Center. Dengan masa depan manusia sebagai pertaruhan, pemain akan menghadapi cabaran lama dan baharu dalam usaha untuk membongkar rahsia fasiliti ini dan menghalang kemusnahan yang semakin dekat.

DLC ini bukan sahaja menghidupkan kembali kisah Facility 3826 tetapi juga memberikan nafas baharu kepada persekitarannya. Pemain akan menemui lokasi yang telah berubah sepenuhnya seperti Chelomey, kota terbang yang kini sepenuhnya dikuasai oleh robot-robot pemberontak dan ancaman baharu.

Senjata dan Abiliti Baharu

Kredit: 4Divinity

Untuk bertahan dalam bab baharu ini memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran — ia memerlukan senjata yang canggih. “Enchantment Under the Sea” memperkenalkan:

  • Senjata Baharu
    • Thunderclap: Gergaji motor berputar yang ditambah dengan arus elektrik untuk serangan jarak dekat yang membinasa.
    • KM-4 Kuzmich: Senapang patah dua laras yang direka untuk mengawal kumpulan musuh, dengan bullet spread bolehsuai.
  • Abiliti Glove Baharu
    • Blaze: Kebolehan polimer berapi yang membolehkan pemain melontarkan bola api yang meletup, memberikan damage area-of-effect.
    • Whip: Kebolehan grappling serba boleh, membolehkan pemain menarik diri ke arah musuh, menyerang mereka, mengakses kawasan sukar dicapai, atau mengelak bahaya dengan pantas.
Kredit: 4Divinity

Penambahan ini sangat penting untuk menghadapi musuh laut baharu, daripada “mutan karang” yang bahaya hingga “MOR-4Y”, bos yang pasti akan mencabar kemahiran pemain berpengalaman.

Bersiaplah untuk menyelam semula ke dalam dystopia Atomic Heart apabila DLC “Enchantment Under the Sea” dilancarkan pada 28 Januari 2025 di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC (Steam). Untuk maklumat lanjut, kunjungi Atomic Heart Asia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: atomic heartDLC
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Life is Strange: Double Exposure – Meneroka Antara Dua Garis Masa

Next Post

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 Akan Datang Pada 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 Akan Datang Pada 2025!

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 Akan Datang Pada 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd