Di The Game Awards tahun ini, PlayStation Studios dan Santa Monica Studio telah mengumumkan DLC percuma “God of War Ragnarok: Valhalla“, sebuah pengalaman roguelite yang bakal dilancarkan pada 12 Disember 2024.
Berikut adalah trailer penuh:
Valhalla adalah epilog kepada God of War Ragnarok yang mengikuti Kratos dalam perjalanan yang sangat peribadi dan reflektif. Berlangsung selepas pertarungan menentang Odin dan pemergian Atreus, Kratos telah dibawa ke pantai misteri Valhalla ditemani oleh Mimir. Di sini, Kratos akan memasuki ke dunia paling dalam untuk mengatasi ujian dirinya dan menghadapi ketakutan masa lalunya.

Daripada segi gameplay, Valhalla mengambil yang terbaik daripada pertempuran God of War Ragnarok lalu menggabungkannya dengan elemen yang diilhamkan oleh genre roguelite. Setiap percubaan di Valhalla menggalakkan pemain untuk menguasai pelbagai aspek untuk senjata Kratos sambil menghadapi segerombolan musuh baharu dan beberapa kejutan.

Jika Kratos mati, dia akan bangun semula di pintu luar dan bersedia untuk percubaan seterusnya. Lebih banyak pemain mengatasi, lebih banyak sumber yang akan diperolehi; yang boleh digunakan untuk upgrade kekal yang mempengaruhi kedua-dua Kratos dan juga Valhalla sendiri.

Kratos mempunyai akses kepada semua senjatanya dan skill tree yang dinaik taraf sepenuhnya, tetapi mesti komited kepada shield dan Spartan Rage untuk setiap percubaan. Sambil mengatasi ujian Valhalla, anda akan membuat pilihan antara Glyph untuk menentukan Stats mana untuk dinaik taraf, Perk mana untuk dipilih, Runic Attacks mana untuk digunakan dan banyak lagi.

God of War Ragnarök: Valhalla ialah pengalaman berasingan daripada God of War Ragnarök, jadi anda tidak perlu risau untuk masuk tanpa upgrade, peralatan atau sampai ke titik tertentu dalam jalan cerita. Jika anda rasa DLC ini menyeronokkan, anda boleh masuk pada bila-bila masa.
Jika ada God of War Ragnarok, anda dapat memuat turun DLC Valhalla secara percuma pada 12 Disember di PlayStation Store.
Dapatkan segala berita kami tentang pengumuman TGA di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post