Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diugut dengan pistol & parang, seorang streamer Twitch diserang di rumah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2020
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Diugut dengan pistol & parang, seorang streamer Twitch diserang di rumah!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekitar jam 5 pagi pada 4 Disember lalu, seorang streamer Twitch bernama JayKirky sedang bermain Resident Evil: Resistance, yang dilancarkan awal tahun ini. Semasa siaran langsung, JayKirky mendengar bunyi hentakan aneh dan berkata:

“Saya dengar seperti ada orang cuba pecah masuk.”

Dan ternyata, itulah yang sebenarnya berlaku..

Dalam video di bawah, JayKirky terus sambung bermain Resident Evil: Resistance selama beberapa saat seperti biasa, tetapi bunyi hentakan aneh itu tetap berlaku. JayKirky pergi untuk melihat apa yang berlaku, dan walaupun ia berlaku di seballik skrin, penonton dengan jelas boleh mendengar pecahan kaca dan orang menjerit. Ini berterusan selama beberapa minit, tetapi JayKirky akhirnya kembali ke siaran langsung, di mana dia menjelaskan kepada penonton Twitch apa yang sebenarnya berlaku.

Seperti yang dilaporkan oleh Dexerto, JayKirky melihat seseorang individu yang memakai topeng ski dan memegang parang sedang menghancurkan tingkapnya. JayKirky melarikan diri ke luar, tetapi dihentikan oleh dua penyerang lain. Namun, penyerang itu menyedari bahawa mereka berada di rumah yang salah, dan JayKirky bukanlah orang yang mereka cari. Mereka memegang pistol ke kepalanya dan menyuruh JayKirky untuk tidak menghubungi polis atau menceritakan apa yang berlaku.

 

“Saya fikir saya akan mati.”

Itulah yang diberitahu oleh JayKirky kepada penonton Twitch. Dia juga menjelaskan bahawa dia tinggal di kawasan kejiranan yang sering dilanda jenayah, tetapi ingin pindah ke lokasi lain selepas kejadian. Nasib baik, JayKirky tidak cedera secara fizikal, walaupun diancam dengan pistol ke kepala.

Sumber: Dexerto

Tags: diserangJayKirkyStreamer
Previous Post

Francais Code Geass umumkan sekuel anime & mobile game baru!

Next Post

Taipei Game Show Melancarkan Finalis Indie Game Award 2021

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Taipei Game Show Melancarkan Finalis Indie Game Award 2021

Taipei Game Show Melancarkan Finalis Indie Game Award 2021

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd