SEGA Publisher Sale – June 2023 kini berlangsung di PlayStation (PS) Store di mana beberapa game pilihan PS4 dan PS5 tersedia untuk beli pada harga murah – yang termasuk seluruh koleksi game Yakuza. Jika anda berminat dengan francais tersebut, inilah masanya!
Bermula daripada yang pertama hingga paling baharu (Yakuza 7), inilah peluang anda untuk mengumpul semua game Yakuza dan mengalami kisah Kazuma Kiryu dengan mata sendiri.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/06/all-yakuza.jpg)
Buat mereka yang tidak tahu, protagonis utama Kazuma Kiryu, boleh dimainkan dalam setiap ansuran sehingga Yakuza 6: The Song of Life. Sesetengah game , seperti Yakuza 4 dan Yakuza 5, menampilkan beberapa yang boleh dimainkan, di mana pemain dapat bertukar antara mereka pada adegan-adegan tertentu dalam jalan cerita. Ichiban Kasuga kemudian menjadi protagonis baharu bermula dengan Yakuza: Like a Dragon.
Gameplay secara umum umum meminta pemain untuk mengawal Kiryu dan Kasuga (atau watak lain, bergantung pada game) dalam dunia luas di mana dia boleh;
Melawan kumpulan samseng dan gangster rawak, mengambil misi dan aktiviti sampingan untuk mendapatkan EXP dan wang, pelajari abiliti baharu daripada NPC, makan dan minum di pelbagai restoran, melawat kelab kabaret, cipta item dan melibatkan diri dalam pelbagai mini-game seperti bermain golf, boling, besbol, permainan arked, karaoke, dan permainan judi termasuk poker, blackjack, Cee-lo dan Koi-Koi.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/06/akuza-gameplay.jpg)
Jika anda belum cuba mana-mana game Yakuza atau sudah lama tertinggal, ini merupakan masa yang bagus untuk bermula! Pada masa yang sama, SEGA turut menawarkan sejumlah DLC pada harga diskaun termasuk DLC Yakuza: Like a Dragon – Ultimate Costume Set, Management Mode Set, Stat Boost Set, dan lain-lain – yang pasti dapat membantu dalam perjalanan anda.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/06/Screenshot-2023-06-08-174056.jpg)
Selain Yakuza, SEGA juga menawarkan beberapa game lain pada harga murah termasuk TABEGORO! Super Monkey Ball 1 & 2 Remake, Empire of Sin, Sonic Frontiers dan Lost Judgement.
Jualan eksklusif Yakuza bermula hari ini sehingga 21 Jun, dan hanya tersedia di PS Store. Buat sesiapa yang mempunyai langganan PS Plus, anda layak menerima diskaun yang lagi murah. Layari promosi diskaun di laman web rasmi mereka!
Baca segala berita kami tentang francais Yakuza di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post