Discord secara rasminya telah melancarkan versi beta store diorang, dimana mereka announce bulan Ogos lalu. Store ni dah pun ada untuk semua region.
Discord Store boleh diakses oleh semua users dan mengumpulkan banyak publisher. Mereka cakap matlamat store ni adalah nak kasi kat kita games sampai nak muntah (read: endless set of games), dimana library diorang lebih meriah dengan games macam Celeste, Frostpunk, Into the Breach dan Dead Cells.
Ada jugak nanti feature yang kasitau apa yang kawan-kawan kita tengah main, sekali dengan apa yang Discord punya team suka main. Ada gak nanti games yang bawak title “First on Discord”, maknanya game tu ada kat Discord dulu untuk tempoh tertentu.
Service subscription diorang iaitu Nitro, pun dapat upgrade, sekaligus subscriber sedia ada Nitro dapat games free. Antara game free tersebut adalah This War of Mine, Soma, Inside, Metro: Last Light Redux, Brutal Legend dan Psychonauts. Service bulanan Discord Nitro USD$9.99 membolehkan korang dapat lebih kurang 60 games free.
Dan akhir sekali update terkini Discord telah melancarkan Discord Library, yang membolehkan korang run game korang melalui Discord, tanpa kesah kat mana korang beli game tu..
@gamersantaimy
Discussion about this post