Untuk hari ini sahaja, Epic Games Store sedang menawarkan Disco Elysium: The Final Cut, secara percuma.
Sebagai sebahagian daripada promosi giveaway harian sempena musim cuti, tawaran selama 24 jam ini memberi peluang kepada para pemain PC untuk mendapatkan salah satu game yang paling disanjungi sejak beberapa tahun kebelakangan ini tanpa sebarang kos.
Tawaran ini, yang memberikan potongan harga sebanyak 100% daripada harga asalnya iaitu MYR 61.99, akan tamat pada jam 12:00 pagi, 27 Disember 2025.
Disco Elysium: The Final Cut merupakan versi definitive untuk RPG tersebut yang dibangunkan oleh ZA/UM. Edisi ini mempertingkatkan pengalaman game asal dengan menyertakan lakonan suara sepenuhnya untuk barisan watak yang menarik.
Selain itu, ia juga memperkenalkan “political vision quest” baharu, sekali gus menambahkan lagi aspek penceritaan dan nilai untuk main semula.
Sejak pelancarannya pada tahun 2019, game ini telah menerima pujian daripada pengkritik kerana gameplay yang segar dan berinovasi. Ia tidak menekankan sistem combat konvensional, sebaliknya memberikan tumpuan kepada sistem skil dan dialog yang sangat terperinci dan rumit.
Pemain akan mengambil peranan sebagai seorang detektif yang hilang ingatan dan ditugaskan untuk menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang rumit di kota Revachol.
Aspek gameplay amat terkenal kerana menawarkan kebebasan kepada pemain untuk mencorakkan personaliti dan cara penyiasatan detektif mereka melalui pelbagai pilihan yang ada.









Discussion about this post