Siri Digimon Adventure “ori” sudah lama menunjukkan bahawa laluan evolusi mempunyai banyak cabang berbeza, tetapi konsep ini tidak diterokai sepenuhnya sehingga adaptasi anime reboot 2020, di mana pihak produksi dapat memanfaatkan idea-idea unik yang dikumpul selama bertahun-tahun untuk menunjukkan beberapa evolusi mengejutkan!
Seperti Patamon yang dapat mengubah ke Pegasmon sebelum Angemon (evolusi ini berlaku pada watku berbeza dalam jalan cerita asal), Taichi dan Agumon juga membuka sebuah lagi evolusi baru yang tidak ada dalam anime asli.
Dalam episod 36, keganasan Millenniumon telah membaling sebuah satelit ke dunia sebenar Jepun. Koushiro Izumi mempunyai cara untuk mengalihkan satelit tersebut ke lokasi yang selamat, tetapi untuk melaksanakan rancangan ini, mereka perlu menyerang sebuah tempat tertentu pada waktu yang tepat di mana kedua-dua dunia sebenar dan dunia digital bersatu antara satu sama lain.
Malangnya, ini adalah cabaran yang besar untuk Taichi, Koushiro, dan Sora, serta Digimon mereka ketika Metallife Kuwagamon dan sekumpulan BladeKuwagamon datang untuk menghalang rancangan ini. Semasa bertarung, Taichi dan MetalGreymon terpaksa menyesuaikan diri dengan kuasa elektrik dan akibatnya, mereka berjaya membuka Mega Evolution baru bernama BlitzGreymon!
Bagi mereka yang tidak tahu, kita hanya kenal bentuk evolusi Mega Agumon sebagai WarGreymon. Ya saya tahu ada banyak bentuk lain tetapi itu hanya daripada spin-off dan game, bukan daripada aspek cerita rasmi. Siapalah sangka yang pihak produksi akan memperkenalkan bentuk baru untuk Agumon. Untuk pandangan penuh, mari kita tonton video di bawah:
Apakah pendapat anda tentang BlitzGreymon? Adakah DigiDestined lain pun akan membuka evolusi Mega baru untuk Digimon mereka? Adakah ini canon? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Digimon, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post