Pertarungan dengan Spade Kingdom kini memasuki fasa baru, di mana kita melihat Asta diberi salah satu peranan paling penting untuk melawan kuasa jahat Dark Triad. Selepas diajar oleh Nacht, Asta berjaya membuat Devil Binding Ritual dengan devil dalam badannnya, Liebe. Malangnya, latihan Asta tidak tamat di situ. Untuk benar-benar memahirkan diri, Asta terpaksa melatih kawalan Devil-nya lagi ketika Nacht dan kapten-kapten lain dari Clover Kingdom membuat serangan hendap ke atas Spade Kingdom demi menyelamatkan Yami dan Vangeance.
Black Clover, Ch. 282: Asta gives the Clover Kingdom a show they won’t soon forget! Read it FREE from the official source! https://t.co/Z7bTZKE4RP pic.twitter.com/xXwLKjSt1e
— Shonen Jump (@shonenjump) February 14, 2021
Bersambung daripada bab sebelum, kami menyaksikan Asta dan Liebe sedang bergegas pergi ke arah raksasa gergasi yang ingin menyerang Clover Kingdom. Tanpa melengahkan masa lagi, pembaca akhirnya dapat melihat transformasi penuh Devil Union milik Asta di manga bab 282. Tidak seperti bentuknya yang lama, Devil Union ini adalah transformasi lengkap yang merangkumi seluruh tubuh Asta dan bukan sahaja sebahagian dari tubuhnya. Walaupun ia ternyata jauh lebih kuat, Asta mendedahkan bahawa dia hanya dapat mengakses transformasi ini selama lima minit sahaja.
Dia dan Liebe tidak mempunyai tempoh masa yang lama untuk menguasai transformasi ini, jadi seperti mana-mana cerita shonen, sudah tentu kuasa hebat wira kami ada “time-limit“. Selepas pendedahan itu, Asta menggunakan abiliti anti-magic untuk memotong badan raksasa gergasi tersebut untuk menyelamatkan Wizard King, Damnatio, dan para penduduk Clover Kingdom!
Saya yakin Asta masih belum menunjukkan kekuatan 100% Devil Union ini tetapi adakah ia mempunyai teknik baru atau rahsia-rahsia lain? Peminat tidak perlu menunggu lama kerana di penghujung bab semasa, Asta sedang menuju dengan laju ke arah Spade Kingdom! Apa pendapat anda tentang bentuk Devil Union ini? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk baca segala liputan kami tentang Black Clover, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post