Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Destroy All Humans! 2 & Dysterra lancarkan demo PERCUMA di Steam Next Fest

safwan by safwan
June 14, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Percuma, Multiplayer, PC, Single Player, Steam, Survival
0 0
0
Destroy All Humans! 2 & Dysterra lancarkan demo PERCUMA di Steam Next Fest
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan acara Steam Next Fest edisi Jun, banyak studio telah melancarkan demo untuk game mereka termasuk Destroy All Humans! 2 dan Dysterra. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua game tersebut, sila teruskan membaca.

Destroy All Humans! 2 – Reprobed

Dibangunkan oleh Black Forest Games, ia adalah game action-adventure yang akan dilancarkan pada 30 Ogos di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Dalam game ini, korang akan bermain sebagai seekor alien yang bernama Crypto di mana dia ingin membalas dendam kepada KGB kerana meletupkan Mothership. Korang tidak berlawan KGB secara keseorangan kerana anda dibenarkan untuk membentuk satu pasukan bersama alien lain bagi membantu membongkar rahsia KGB.

Ciri-ciri penting

  • Menampilkan senjata klasik dan teknologi baharu seperti Meteor Shower.
  • Terokai Bumi pada tahun 1960-an.
  • Pertahankan dunia yang lebih besar dan lebih terbuka.
  • Menggunakan manusia untuk menjadikan DNA cocktail bagi meningkatkan skill.
  • Main bersama rakan secara lokal dengan kemudahan split screen.

Kalau korang nak tahu, ia merupakan versi remastered yang pernah dikeluarkan pada tahun 2006 di PS2 dan Xbox. Pada ketika itu, game ini telah diterima dengan baik dan menjadi popular sejak ia dikeluarkan. Destroy All Humans! 2 merupakan game terakhir yang pernah dibangunkan oleh Pandemic Studio sebelum ia dibeli oleh EA.

Dysterra

Ia merupakan game survival FPS yang bertemakan Sci-fi di mana korang boleh mengumpul sumber, membina bangunan, kraf barang, dan banyak lagi. Korang akan bermain untuk mencari jalan bagi mengelakkan kepupusan sambil memastikan kelangsungan hidup individu.

Demo yang dilancarkan oleh Kakaogames di Steam merupakan ujian beta yang memfokuskan pada perlawanan dengan menggunakan senjata SF untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka juga mengadakan acara melalui Twitch Drops dengan memberikan skin senjata terhad kepada pemain. Untuk mendapatkan ganjaran tersebut, korang kena menonton live stream Dysterra di Twitch dan main demo di Steam.

Ciri-ciri penting

  • Bersaing atau bekerjasama
    • Teruskan hidup atau berlawan pemain lain. Tidak suka PVP, terdapat juga mode PVE dan single player.
  • Acara real-time dan facility domination
    • Terokai fasiliti untuk mendapatkan skill istimewa dan sumber khas bagi senjata higher-tier.
  • Pelbagai kandungan
    • Lengkapkan diri anda dengan perisai dan senjata yang kuat. Korang juga boleh bina dan luaskan jajahan.

Demo untuk kedua-dua game tersebut telah tersedia di acara Steam Next Fest yang sedang berlangsung sehingga 21 Jun. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Steam Next Fest, korang boleh tengok artikel sebelum ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Destroy All Humans! 2Dysterra
Previous Post

Free Fire berkolaborasi dengan kumpulan pop Malaysia DOLLA, lagu istimewa bakal keluar

Next Post

“Ultraman montel” viral di Malaysia – Tabik hormat kerana berani cosplay

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
“Ultraman montel” viral di Malaysia – Tabik hormat kerana berani cosplay

"Ultraman montel" viral di Malaysia - Tabik hormat kerana berani cosplay

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd